Saturday 29 December 2012

Antara persahabatan & keegoan


Sahabat,
Bukan ku pinta bergini,
Bukan ku ingin kita bergini,
Bukan ku harapkan ini terjadi,

Sahabat,
Di saat metari menyinar pagi,
Di saat burung bernyayi riang,
Di saat pagi melebarkan sayap,

Aku hanya diam,
Bisu seribu makna,
Lidahku kaku,
Hatiku membeku,
Dingin terasa menusuk ke kalbu,

Bukan ku ingin kita bergini,
Tidak terlintas di hati,
Tidak terniat walau sekali,

Namun ku tak berdaya,
Jiwaku kosong,
Rasaku mula hilang,
Hatiku bergelodak,

Puas aku mencari,
Mencari rasa yang hilang,
Puasku teroka pelusuk hati,
Jenuhku selongkar di balik kecewa,

Aku menangis,
Mencari erti sahabat,
Di saat jatuh bangunku,
Aku merungkai tirai duka,

Aku hanya manusia,
Punyai perasaan,
Punyai rasa,
Punyai hati yang tidak mati,

Wahai sahabat,
Jika kau rasa apa yang ku rasa,
Akan ku lukiskan sebuah lakaran hidup,

Hadirku bukan untuk di sayang,
Adanya aku bukan untuk di hargai,
Wujudku hanya untuk menumpang kasih,

Bukan untuk selamanya,
Hanya seketika,
Hanya untuk habiskan sisa hidupku,

Write by: Nur Izzaty Sanusi

Friday 28 December 2012

Life too short



When tomorrow starts without me,
and I’m not there to comfort you,
please know that I still love you,
cause I know you love me too.

When tomorrow starts without me,
and you feel lost and blue,
I hope these words I’ve written
will help to see you through.

Someday your pain will ease,
sadness replaced by fond memories
Come tomorrow you will hear
I love you whispered on the breeze.

When tomorrow starts without me
cause God has called me home 
I turn, blowing a kiss for thee
Sad that you may feel alone.

I will miss you tomorrow
as I take one last glimpse
a tear falls from my cheek
I’ll be going home.

And tomorrow will start without me

~For My Family, My Friends and You





Thursday 27 December 2012

Sang PencintaMu

Assalamualikum.Rindu sangat nak update entry baru tapi tak da masa.Lagi satu tak da pulak idea so terpaksa stop dulu aktiviti mengupdate.Entry kali ni tak da pape yang nak di kongsikan hanya nak meluahkan rasa hati.

Hidup memang banyak cabaran.Kadang rasa ralat dengan semua ujian hidup tapi tidak bermakna putus harapan.Betul kata mak hidup kita macam roda kadang kita dekat atas kadang kita dekat bawah.

Sebagai manusia biasa sudah pasti adanya rasa cinta atau sayang kepada lelaki.Ya Allah layak ke aku untuk bercinta sedangkan aku sendiri masih mencari cintaMu?Aku tidak dapat lari dari fitrah manusia.Rasa sayang,cinta akan seseorang memang akan wujud walau di tahan sekencang mana.

Ya Allah bantulah aku dalam mencari HidayahMu.Bimbinglah hatiku menuju syurgaMu.Sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu namun aku tidak sanggup juga ke nerakaMU.



Saturday 15 December 2012

Bahaya SYIAH!!!

Assalamualikum.Hari ni aku nak kongsikan sedikit tentang satu fahaman yang makin berkembang luas di sekitar Malaysia sekarang.Apakah fahaman tersebut.Berasarkan tajuk dekat atas sudah semestinya korang tahu apa fahaman yang nak aku ceritakan dekat sini.Fahaman tersebut adalah "SYIAH".

Sebelum aku huraikan lebih panjang tentang syiah ni terlebih dahulu aku nak terangkan apa itu syiah.Firstly,Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. 

Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir .

Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar.


Antara kelompok-kelompok syiah:
Kelompok pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan),yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.

Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.

Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya; Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda tersendiri.

Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita di malaysia ni setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran. Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tak boleh dipakai.

Para pengikut syiah juga mempunyai akidah taqiyah (berbohong atau berpura-pura).Mereka di tuntut untuk menzahirkan sesuatu mengikut kesesuaian masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.Sebagai contoh,sambutan Asyura mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain. 

Terdapat satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.

Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tak sama dengan Imam Mahdi ahlus sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.

Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.

Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik bagi aku. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan). Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.Subhanallah...

Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang dengan banyak nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).

Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.

Cara mengenali SYIAH Lanattullah:

Syiah boleh dikenali melalui modus operandi(dah macam pengawai polis pulak rasa) atau cara mereka menarik kita.

First step: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi). Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.

Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi. Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tak berlebihan dan tak berkurangan.

Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,

لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها

Maksudnya: “Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”

Sayang ada hadnya.Sama macam sayang pada seseorang kita haruslah berpada-pada. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.

Second step: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka, “Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.”

Mereka bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari juga.

Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tak sengaja kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.

Sebab itu ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah syiah rafidhah Imam 12.

Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinanlah dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah boleh diterima cerita seperti tu? Tak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.

Andai kata aku mencerca dan maki hamun ibu bapa korang adakah korang masih menyokong aku?Konteksnye sama jugak dengan syiah.Golongan syiah mencerca Nabi Muhamad iaitu rasulullah kita,tak kan kita ingin menyokong dan melibatkan diri dalam syiah?.Tepuk dada tanya iman korang.

Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.

Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).

Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.

Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, tapi dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tak boleh diguna pakai.

Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tak boleh diterima.

Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.

Menyebarkan syiah melalui perkahwinan

Orang Iran cantik-cantik parasnya kalau nak di bandingkan dengan orang melayu macam akau memang jauh beza la.Itu tak penting apa yang penting adalah modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita contohnya di UIAM dan ipta dan ipts yang terdapat di malaysia, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tak ada apa. Siapa tak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.

Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.

Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?

Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.

Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.

Syiah Agama Politik

Pada hari ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air. Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan). Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.

Maka sebab itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Aku tak kira mereka berada dalam parti mana. UMNO jangan sekali-kali bagi ruang syiah masuk ke dalam parti. Bagi ahlus sunnah sahaja masuk. Itu sedikit berkaitan syiah.

Wallahu-A’lam.

#Sumber dari buku yang aku baca dan ceramah yang diadakan di Masjid Unisza :)


Monday 26 November 2012

Hijrah

Assalamualikum..Salam Maal Hijrah..


Entry kali ini aku nak kongsikan sedikit tentang hijrah.Hijrah bukan sekadar perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi hijrah jugak termasuklah perubahan diri.


Macam kita dapat lihat sekarang memang ramai public figure yang telah berhijrah.Daripada free hair kepada bertudung.Alhamdulillah sebab diorang diberi hidayah dari Allah S.W.T.


Aku as a student dekat IPTA memang ramai kawan.Daripada pelbagai latar belakang dan susur galur kehidupan.


Memang lidah katakn ingin berubah tapi hati yang susah nak lakukan. Ana nak kongsikan kisah ana sendiri. Pada mulanya ana nak pakai tudung memang agak susah. Banyak sangat halangan yang kena ana hadapi. Setelah ana dapat satu mimpi ana nekad untuk bertudung. Ana mula bertudung pada usia 13 tahun. Awalnya ana mula pakai tudung di rumah tapi terlalu banyak tentangan dari keluarga, kawan-kawan. Selepas 2 bulan ana memakai tudung ana mula berjinak-jinak untuk memakai jilbab labuh. Ana kuatkan hati untuk pakai jugak. Pekakkan telinga butakan mata. Setelah hampir setahun aku memakai jilbab ana ambil keputusan untuk pakai tudung biasa.


Untuk menutup aurat tak perlu memakai jilbab cukup sekadar apa yang kita pakai menepati hukum-hukum syarak. Alhamdulillah, ana masih memakai tudung sehingga sekarang. Cuma agak menyedihkan selepas SPM ana sedikit tergugat. Mula belajar dan berjinak-jinak dalam fesyen Halal/Haram. Tutup aurat tapi tidak menepati apa yang dianjurkan oleh Islam.


Pakai tudung tapi baju makin kecik, seluar makin ketat. Ana rasa berdosa sebab tak istiqomah dalam melakukan sesutu perkara. Alhamdulillah, sekarang ana mula sedar apa yang ana lakukan dan ana mula belajar untuk istiqomah dalam penhijrahan ana.


~Tamat~


Halangan yang paling hebat untuk kita berhijrah adalah diri kita sendiri. Ada suatu cerita yang ana nak kongsikan dengan korang.


Kisah ni berlaku pada zaman rasulullah dulu. Ada seorang lelaki yang ingin merompak sebabkan dia terlalu lapar. Dia ternampak sebuah rumah dimana rumah tersebut pintunya terbuka dan tidak berkunci. Lelaki itu pon masuk ke rumah tersebut dan dia ternampak sebuku roti. Niat di hati memang lelaki tersebut ingin mengambil roti tersebut tetapi dia teringat bahawa Allah pernah bersabda "Jika engkau tinggal yang haram nescaya Allah akan beri sesuatu yang engkau tak akan menyesal". Jadi lelaki tersebut terpaksa melupakan niat tersebut.


Lelaki itu masuk ke bahagian ruang tamu di mana dia mendapati barang kemas di atas alamari. Memang lelaki itu memang lanagkah kanan tapi memikirkan apa yang pernah Allah katakan dia lupakan barang kemas tersebut.


Lelaki tersebut terus berjalan menuju ke bahagian bilik di mana dia mendapati ada seorang janda tua. Janda tersebut tinggal berseorangan di rumah tersebut.Lelaki tersebut mula tergugat. Tetapi dia tinggalkan semuanya semata-mata ingin melihat apa yang Allah akan berikan jika dia ikut ape yang Allah katakan. Lalu bergegas keluar dari rumah tersebut.


Keesokan harinya janda tersebut memberi tahu rasulullah bahawa rumahnya di ceroboh. Rasulullah memberi memerintahkan supaya janda tersebut berkahwin bagi memastikan hal tersebut tidak berulang kembali.


Di sebabkan oleh perintah rasulullah janda tersebut berkahwin lah dengan salah seorang pemuda yang di pilih secara rawak di dalam masjid Nabawi tersebut. Mereka berkahwin dan semasa pulang ke rumah janda tersebut suaminya berasa hairan kerana dia merasakan rumah isterinya seperti rumah yang dia datang semalam. Dan rupa-rupanya sememangnya wanita yang di kahwini lelaki tersebut adalah tuan rumah yang dia ingin rompak semalam.


Kesimpulannya, apa yang Allah katakan benar belaka. Hanya Allah yang dapat menepati janji. Dan hanya DIA yang layak menggunakan slogan "Janji ditepati".


Tinggalkanlah perkara haram yang diingini ...
nescaya Allah akan memberikan dengan cara yang halal

Tuesday 16 October 2012

Boycott Cartoon Yahudi


Asslamualikum semua.Haaaaa..Entry kali ni tentang kartun.Maklumlah dah cuti semester so ape lagi enjoy yourself.Enjoy,enjoy jugak saham untuk akhirat jangan lupa.Hari tu before cuti aku ade la download-download cerite-cerite kartun kat internet maklumlah sebagai bekal nak bawak balik umah.


Dekat kampung bila cuti je ramai anak buah berkumpul so aku ni terpaksalah layan kartun bersama walaupon tak de lah minat sangat.


Aku download macam-macam cerita.Sebab aku pon jenis suka tengok kartun jugak.Memandangkan cuti lama so kenalah download banyak-banyak.Ada satu kartun tu sangatlah menarik dan comel tajuk dia pon cute jugak "HAPPY TREE FRIENDS"tapi ceritanya mak ai punya la kejam.Korang tak percaya boleh tengok sendiri.



Lepas korang tengok ni korang nilai lah sendiri.Gerun pon ade bila tengok.Sekarang kita dapat lihat bertapa liciknya Yahudi ni sampaikan pemikiran kanak-kanak pon diorang nak rosakan jugak.bBila di tengok-tengok semula rupanya every series ade saja part-part kejam ni.Jadi awasilah anak-anak,adik-adik kita dari tengok cerita-cerita sebegini.

So,kita sebagai orang dewasa kita yang patut pilih cerita ape yang sesuai dengan kanak-kanak ni jangan sampai pemikiran diorang dicemari dengan pengaruh-pengaruh jahat yang di dalangi oleh Yahudi.

Kesempilannya,kita haruslah lebih berhati-hati kerana dunia sekarang semakin sarat dengan agenda-agenda lanatullah.Dan kita sebagai orang Islam haruslah bersama-sama memelihara agama kita daripada di cemari anasir-anasir jahat Yahudi,Zionis dan sekutu mereka.


Monday 15 October 2012

Patut anda miliki

Asslamualikum..Hai..Apa yang bermain di minda korang apabila baca tajuk entry ni."Patut anda miliki".Apa yang patut?hahaha..Bukan aku yang patut Najwa Latif tu ni benda lain.Barang baik,so kena kongsi.

Kali ni nak kongsikan dengan korang tentang sebuah buku yang PATUT anda miliki.Bukunya sangat menarik dan buku ni di perkenalkan oleh teman aku sendiri.Jeng,jeng,jeng tajuknya Art Of Deception karya Jarry D Gray.Buku ini menceritakan mengenai Amerika, Freemason dan Zionis menipu kita selama ini. Memang, kita ditipu bulat-bulat oleh media massa sebenarnya.




Apakah kandungan buku ni?Buku ini merupakan perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order.Apabila kita baca buku ni baru kita tahu agenda-agenda Amerika dan juga Zionis ni.

Seterusnya,buku ini dapat  membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku.Selama ni aku pon tak tahu apa sebab berlakunya 9 September dan apakah mesteri yang tersirat di sebalik peristiwa tersebut.Dalam buku ini menceritakan peristiwa 9 september yang kononnya mendakwa pengganas yang yang mendalangi serangan ini sedangkan ia adalah perbuatan Amerika sendiri! Pengarang buku ini iaitu Jerry D. Gray adalah bekas perajurit tentera udara Amerika (USAF) dan telah memeluk agama islam dan kini aktif menjalankan aktiviti dakwah.


Dengan memmiliki dan membaca buku ini juga kita dapat mengetahui bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas.

Dan akhir sekali kita dapat tahu bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat.

- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).
(Imam Malik).
Hadis ini mengandungi:
(1) Pusaka Peninggalan Rasulullah s.a.w. yang kekal abadi. 
(2) Kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. menjamin keselamatan umat manusia.
Buku ni berhrga rm20 sahaja,so korang boleh la pergi beli dekat bookstore berhampiran.Tak rugi pon kalau beli buku ni,banyak benda kita boleh tahu.Jadikan buku ni sebagai salah satu koleksi buku korang.

Akhir kata,jangan biarkan diri kita di tindas.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.

Sunday 14 October 2012

Love after marriage



Assalmualikum semua, entry terbaru aku tentang "Bercinta selepas kahwin" a.k.a "not couple until nikah". Kalau kita dapat tengok sekarang dah banyak sangat pasangan yang bercinta selepas kahwin. Yang terbaru adalah seorang public figure mustahil korang tak kenal siapa orang ni. Seorang artis wanita iaitu Irma Hasmie.

Memang meletuplah kisah diorang ni. Sampaikan aku rasa happy sama. Vidoe wedding diorang pon aku download ( tak de keje).



But now, ana tak nak bercerita tentang diorang tapi tentang seorang blogger ni. Dia punya kisah sangat menarik dan menyentuh hati ana. Mungkin dah ramai yang tahu pasal ni and dah pon kenal siapa blogger yang aku maksudkan.

Gambar selepas akad nikah

Dena Bahrin. Seorang blogger muda. Berusia 20 tahun dan sudah pon mendirikan rumah tangga. Ceritanya hampir sama macam Irma tapi sekit pon tak serupa.Hahaha..Mesti ramai cofiusekan. Ntahlah ana pon tak paham apa yang ana maksudkan.


Semua dah ready nak tahu cerita si blogger cilik ni bukan? Ok..Macam remaja-remaja lain si Dena ni jugak mempunyai lelaki yang dia minati. Tapi atas kehendak kedua orang tuanya dia mengikut rancangan kedua orang tuanya yang ingin menyatukan dia dengan seorang anak kenalan bapanya.


Macam kita jugak,bila dah parents yang tentukan soal pasangan kita mesti la kita sedikit memberontak. Bergitu jugak dengan si Dena ni. Pada mulanya dia sedikit memberontak tetapi selepas membuat solat Istiqarah dia nekad untuk terima pinangan si jejaka tersebut. Tengaoklah bertapa sweetnya diorang lamar dengan cara macam ni. So touching.

Video Dena Baharin

Alhamdulillah, Sekarang diorang pon dah hidup bahagia dan tak lama lagi Dena bakal bergelar ibu. Yahoo..Tumpang happy sekaki. Siapa cakap perlukan cinta baru kahwin?Haa..sekarang tengok bukti dah ada. Cinta lepas kahwin itu jauh lebih indah.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Saturday 13 October 2012

Transformation not Transformers


Assalamualaikum..
Fuhhhh..selepas selesai semua assigment,quiz and final exam rasa ringan sikit kepala ni.Ok, entry untuk kali ini berkaitan diri ana. The title is perubahan, atau dengan nama lain hijrah,atau panggilan orang putih iaitu "transformation".
Apa itu perubahan, hijrah dan juga tranformation?Ok sekarang ana cerita difinisinya dulu ok. For my opinion perubahan ini adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh diri kita untuk menjadi lebih baik.
Alhamdulillah..Sekarang ana dalam proses untuk ke jalan itu. Masih banyak yang ana harus lalui. Setiap hari ada sahaja halangan yang mendatang. Memang sukar untuk kita lakukan kebaikan tapi kalau nak buat jahat sangat lah mudah.
Selepas berubah ana dapat rasakan bertapa bestnya hidup ni. Tenang dari sebelumnya. Tapi hidup ni tak selalunya indah. Boleh dikatakn hampir setiap hari ada saja yang mempersoalkan kenapa ana perlu berubah?kenapa ana perlu pakai macam ni? kenapa tak boleh jadi macam dulu?.
Tipu kalau ana katakan yang ana dah tak berminat nak berfesyen macam dulu. I'm still young ok.Hahaha... Islam itu syumul. Sedikit pon tak menghalang kita untuk berfesyen asalkan kita tahu sesuaikan dan masih menepati hukum-hukum syarak.

Biar tak cantik dimata manusia asal cantik dimata Allah. Kita tak perlukan penilaian manusia, apa yang kita perlukan pernilaian Allah, Tuhan yang menciptakan kita

Sebelum kita ajukan soalan itu kepada orang lain cuba kita tanya diri kita sendiri, perlu sebab ke untuk seseorang itu berubah? Dan akhirnya kita akan dapat jawapannya. And the answer in no!
Hidup kita tak tahu berapa lama. Mati kita tak tahu bila masanya. Sempatkah kita untuk sediakan diri sepenuhnya sebelum berjumpa Allah? Tepuk dada tanya iman.

Terkadang rasa ralat juga nak teruskan apa yang aku hajatkan. Tapi Alhamdulillah ada ramai yang memberi sokongan. Love you all. Maklumlah bila kita baru nak berhijrah ni kita menjadi tumpuan orang di sekeliling kita. Tak boleh silap sikit. Kerja mencari salah kita.

Pedulikan kata mereka. Butakan mata pekakkan telinga. Yang penting Allah tahu ape yang kita lakukan.
Sesiapa yang baru nak berhijarah teruskan usaha anda. Sama-sama kita menuju syurga Allah. Ingat, dalaman akan di zahirkan melalui apa yang kita pakai. ^_^


Thursday 11 October 2012

Bakal imamku


Hohoho..Asslamualikum..Izzaty in the house.

Entry kali ini nak bercerita tentang bakal imamku. Aha.. Bestkn topik ini. Sebenarnya calonnya belum ada cuma entry ni ana nak kongsikan ciri-ciri bakal imam idaman kalbu. Fuhh.. Berpeluh la sesiapa yang membaca ni.Hahaha..Sebab banyak sangat ciri-ciri yang ana inginkan.

1.Solat lima waktu
Ana nak seorang yang pentingkan solat. Sebab solat kan tiang agama. Kalau Allah pon awak boleh ingkar macam mana nak jaga saya nanti. Betul tak? Ni ciri-ciri yang sangat penting untuk bakal imamku.

2.Sedap mata memandang
Maksudnya disini, bukannya handsome atau cute ala artis korea tertapi memadai bila ana tengok muka dia sejuk kat hati ni ha. Tak perlu la kot yang tough bagai. Tua nanti kerepot jugak kan. Simple but nice, tak perlulah rasanya lagak macam artis. Cukup sekadar berpakaian kemas dan bersih.

3.Hormat
Siapa cakap respect itu tak penting? Bagi aku respect each other itu penting. Dia boleh hormat ana sebagai seorang perempuan dan bakal menjadi suri di hati dia. Contoh hormat itu adalah first, hargai ana sebagai seorang perempuan atau bahasa yang mudah difahami iaitu don't try to touch me!. Second, hormat pendapat ana. Setiap orang ada pendapat masing-masing bukan?  So kalau boleh kepada bakal imamku tolonglah hormat pandangan atau pendapatku. Third, hormat kedua ibu bapaku. Memanglah awak tu nak kawin dengan saya bukan dengan bapak saya, tapi diorang parents saya jadi awak kena hormatlah ok! ^ ^

4.Kepercayaan
Yang ni sangatlah penting. Ana inginkan seorang lelaki yang boleh mempercayai diri ana. Siapalah yang suka orang yang dia sayang curiga tentang dia kan. Kepercayaan itu kunci kepada semua masalah. Kepada bakal imamku, awak kena percaya kepada saya. Saya tak suka awak curiga. Paham?

5.Jujur
Aha.Awak yang bakal jadi imam saya tu kena lah jujur. Jangan nak sembunyi apa-apa dari saya ok? saya tak suka. Everything happend try to jujur. Don't be lie ok. Ana sangat-sangat dan sangatlah tak suka.

6.Boleh jadi super hero
Bukan superman tapi my super hero. That mean, awak boleh protect saya. Awak macam anti-protection la bagi saya. Awak kenalah berani. Jangan sampai saya pulak yang protect awak nanti. Sebab secara fitrahnya wanita itu lemah.

7.Tidak merokok
Ok. Bila ana cakap sal rokok semua lelaki yang termakan cili mesti akan buuuuuu panjang-panjang dekat ana. Dekat sini ana nak bagitahu sikit. Ana sikit pon tak kisah korang nak merokok tapi kalau asap tu korang-korang je yang sedut tak apa tapi masalahnya kitaorang si kaum hawa ni pon terpaksa sedut sama. Euww..cool ke isap rokok tu? busuk and kotor adalah.(iklan kejap)

8.Penyayang
Haaa..Awak kenalah jadi seorang yang penyayang. Tanyalah mana-mana wanita pun diorang mesti nak lelaki yang penyayang punya. Ana berani potong kuku lah..hahahaha

9.Boleh membimbing
Ana cuma wanita biasa. Ana inginkan lelaki yang boleh membimbing ana bukan lelaki yang perlukan bimbingan. Kepada bakal heroku, saya harap awak dapat bimbing saya menjadi anak, wanita dan isteri yang solehah. Amin ya Robbal alamin.

10.Not hot temper
Ana inginkan lelaki yang penyabar dan bukan yang angin kuskus. Almaklumlah, perempuan ni banyak kerenahnya. Kalau dapat yang jenis hot ni susah jugaklah. Asyik perang je. Pinggan mangkuk semua terbang. Itu yang bahaya.



Cukuplah hanya sepuluh ciri lelaki idamanku. Jodoh itu rahsia Allah. Andai tertulis di lut mahfuz dia jodohku, ana terima seadanya.

Saturday 6 October 2012

Someone like you

Hello,hello,hello..Kopi ke milo?.Assalamualaikum.Topik hot kali ini tentang frust.Aha..Apa itu frust?Jom kita terjah maksud di sebalik frust atau dimelayukan sebagai kecewa.Dalam erti kata lain kecewa ini bermaksud putus asa,sedih,putus harapan and so on.

Memandangkan banyak sangat kawan-kawan aku yang tengah frust menonggeng tu jadi terasa pulak nak update tentang topik ni.



First,kita bincangkan macam mana seorang lelaki nak mengetahui bahawa seorang perempuan itu menaruh hati padanya.Aku bagi contoh di muka buku je la ek.Sebab dia lagi mudah untuk korang paham.

Korang=lelaki
Kitorang=perempuan



1.Add friends
Bila kitorang ni dah mula minat korang kitorang akan sedaya upaya ambik tahu everything tentang korang.Lepas kitorang dah tahu serba sedikit pasal korang senang sikit keja kitorang ni.0nline FB and trus cari korang punya akaun.Sebenarnya kitorang bukan nak sangat add korang tapi memandangkan korang buat derk je jadi kitorang pon add la.

2.Like status
Even korang punya status ntah pape pon kitaorang sanggup like.Contoh:"aku cirit birit hari ni".Kitorang still Like jugak sebabnya nak korang sedar yang kitorang ni sentiasa wujud dekat FB tu.Euwww..selekeh betul.

3.Comment
Kitorang akan komen-komen di satatus korang tu pon untuk tujuan yang sama jugak.Nak korang tahu yang kitorang sentiasa follow ape yang korang buat.Korang boleh buat tak tahu pulak.Belagak macho bagai.

Nampak bukan macam mana seorang tu suka atau ada hati dekat kita.Sekarang kita cerita macam mana korang patahkan hati perempuan secara senyap-senyap plak



1. Status
Korang tipu yang korang single padahal awek dah pon ada.Tipu la kalau korang cakap korang tak pernah stalker wall FB minah-minah yang korang minat kan?Kitorang tengok korang tak ada apa-apa hubungan tapi alih-alih bila tengak dekat wall,mak ai punyalah banyak status and tag-tag sweet gitu.Adoi.Sakit pulak hati kita ni haa..

2.Chat box
Amboi,di chat box bukan main mengaku single semua.Sweet talker plak korang kan.Bila tanya pasal awek dan-dan cakap singel,baru putus,tak berminat nak bercinta semua.Tapi alih-alih bila kitorang dah menaruh harapan korang pulak cakap yang korang tak bersedia padahal hari tu mati-mati mengaku tak ada pape hubungan serious.Ni yang cheq tak suka ni.


Hahaha..sampai situ jelah ok.Malas nak senaraikan banyak-banyak nanti pening pulak korang baca.The conclusion is,tak perlulah rasanya kita mencari cinta sebab cinta itu yang akan datang cari kita bila tiba masanya nanti.Haaaa..Bagi yang dah bersedia untuk mendirikan masjid dan masih belum bertemu jodoh anda haruslah berusaha mencari jodoh itu ok.Bagi mereka-mereka yang masih beringus macam aku ni fokus dulu lah pada stdy.Boleh?Yeahhh..pasti boleh,Malaysia boleh!

Tuesday 11 September 2012

Ustaz & Ustazah moden part 2

Sambungan pada entry yang lepas tentang haramnya arak.Kali ni nak cerita tentang haramnya khinzir atau nama lain yang di gunakan oleh kawan-kawan aku iaitu kerbau pendek..hahah..Agak kelakar di situ.

Situasi 2:

Berlaku di pendalaman Sabah, seorang ustazah yang dihantar bertugas di sebuah kampung. Seperti ape yang kita sedia maklum kebanyakan kampung-kampung di kawasan pendalaman Sabah kebanyakakan penghuninya pelihara khinzir. Ada satu hari ustazah tersebut kuar bersiar-siar di kawasan tempat penginapannya. Tiba-tiba beliau ternampak seekor khinzir berada di halaman rumah jirannya. Dan beliau berasa bergitu cemas. Al maklum la kalau kita di tempat berliau pon kita pasti cemas bukan?hahaha. Lalu jiran beliau menyapa.


Jiran:Hai ustazah, kenapa kamu nampak cemas sahaja?
Ustazah:Saya takaut sebab depan rumah kamu ada khinzir, kamu pelihara ke?
Jiran:Ya, saya yang pelihara. (dengan muka tak bersalah)
Ustazah:Kita sebagai seorang islam tak dibenarkan pelihara khizir, haram hukumnya.
Jiran:ohh..ya ka? tak mengapa, saya janji tak akan pelihara lagi.

Mereka selesaikan perbualan bergitu sahaja. Ustazah pon pulang ke rumah memandangkan hari dah lewat petang. Keesokan harinya ustazah lalu lagi di hadapan rumah jirannya tadi,alangkah terkejut apabila khinzir yang selalu berada di hadapan rumah jirannya kini seekor pon sudah tidak kelihatan. Lalu ustazah pun tersenyum gembira. Beliau berbual dengan jirannya dan bertanyakan tentang khinzir tadi.


Ustazah:Kemana semua khinzir yang kamu pelihara? Selalunya ade je dekat depan rumah ni. Hari ini  seekor pon saya tak nampak.
Jiran:Kan ustazah cakap haram orang islam pelihara khinzir jadi saya gulaikan semuanya.

Apabila dengar sahaja jawapan dari jirannya beliau terus kaku. Mulanya rasa bahagia tiba-tiba bertukar menjadi blur.

#Kesimpulanya tetap sama, penerangan tentang haram dan halal dalam Islam haruslah disampaikan secara jelas dan dapat difahami oleh orang yang kita ingin sampaikan.

Cerita ini hanya rekaan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.:)

Sunday 9 September 2012

Ustaz & Ustazah Moden part 1

Assalamualikum.. Terkejut tak dengan tajuk entry kali ini? Hahaha..semua mesti terkejut dengan entry yang ana nak kemukakan kali ini. Ini agak hot topic jugak.

Dua tiga hari lepas ana dengar tentang isu ni di masjid. Memang ia menarik minat ana untuk berkongsi di blog ana ini. Ini tentang halal dan haram.

Situasi pertama:

Berlaku dipekarangan sekolah rendah. Ini mengisahkan seorang ustaz di sekolah berkenaan. Pada suatu hari ustad tersebut menerangkan tentang isu haramnya arak dan sebab di haramkan arak ke atas umat Islam.

Pelajar:Ustaz kenapa arak ni ustaz cakap bahaya walhal ia hanyala minuman?
Ustaz:Kalau nak tahu kenapa jom kita pakat p lab kita buat ujikaji ok.

Semua pelajar pergi ke lab. Ustaz tersebut menyediakan dua tabung ujikaji. Tabung A dan Tabung B. Kedua-dua tabung tersebut dimasukan seekor cacing, tetapi tabung A di masukkan air mineral biasa dan tabung B ustaz tersebut masukan arak yang dikatakn bahaya tadi.Beberapa minit kemudian cacing yang berrada di dalam tabung A didapati mati.

Ustaz:Tengok, kan cacing tu dah mati sebab tulah ustaz habaq kat hangpa yang arak tu bahaya.
Pelajar:A'a..cacing tu mati la..

Tak lama kemudian kedegaran loceng berbunyi itu tandanya sesi pembelajaran dah tamat. Semua pelajar dah kemas barang dan kelas bersambung pada minggu hadapan.

Ustaz:Ok kelas kita dah habis. Kita jumpa lagi minggu hadapan.

Apa yang mengejutkan, apabila ibu bapa pelajar-pelajar tadi datang ke sekolah dan membuat aduan bahawa anak-anak mereka membawa balik arak ke rumah. Apabila di tanya mereka mengatakan bahawa ustaz di sekolah memberi tahu bahawa arak dapat membunuh cacing. Di sebabkan itulah pelajar-pelajar membeli arak sebab nak bunuh cacing yang berada di dalam perut mereka.

#Kesimpulannya disini. Kita tidak perlu melakukan sebarang eksperimen untuk menerangkan tentang halal haram sesuatu perkara atau perbuatan tersebut cukup sekadar kita terang secara jelas dan ianya dapat difahami oleh orang lain.

Skrip dan cerita ini hanyalah rekaan cuma untuk dijadikan iktibar kepada kita. Maap kalau ada salah silap pada entry ini.

Saturday 8 September 2012

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Selamat hari raya maaf zahir dan batin..Rindu rasanya nak update blog ni. Maklumlah lama  rasanya tak update ape-ape entry. Now I came back!! huhuhu

Before raya memang ana busy gila dengan preparation for test and midterm bagai, so tak da masa nak online semua ni. Nak kata always study pon tak jugak tapi masa untuk update blog memang tak da.

Banyak benda sebenarnya nak dikongsikan bersama ni, rasa macam gila tak sabar nak update entry-entry yang hot~

Before raya aku kemalangan so tak dapat la nak update entry tentang RAYA. Hahahaa..Raya pon kat atas katil je. Tapi yang penting duit raya still masuk.huhu..untungla kan~Jangan nak jealous ok!

Sekarang nak bercerita tentang apa yang berlaku pada ana semasa ana kemalangan tu. Memang ana tak sangka ana boleh terlibat dalam kemalangan tu. Dahla two days before raya, memang sedihla nak habaq hang..hahaha..

Ana xdapat jalan so masa the first night lepas balik dari hospital tu ana memenang nak tido pon tak boleh kaki ni asyik sakit je. Mujurlah ada ibuku tercinta yang sentiasa dengan ana.

Ya Allah ana bersyukur sangat, sebab Allah masih bagi peluang untuk ana hidup. Ana ingatkan masa ana xcident tu ana dah memang  past away la.Memang benda tu jadi pantas sangat. Ana kira bertuahla sebab masih diberi peluang untuk hidup kat dunia ni.

Ana belajar banyak perkara dengan apa yang dah jadi ni, ana asyik fikir, kalau la Allah ambik nyawa ana masa tu ana tak dapat nak banyangkan.

Ambik masa jugak untuk aku lupakan apa yang berlaku. Ana bermonolog sendiri:

Ya Allah aku belum sempat membalas cintaMu.
Ya Allah,belum cukup amal ibadatku padaMu,
Ya Allah,belum puas aku menatap kekasihku(mak,abah,kawan-kawan dan saudaraku)
Ya Allah,belum sempatku membalas jasa kedua ibu bapaku.
Ya Allah,aku belum bersedia untuk menemuiMu.
Adakah cukup pahalaku untuk ke syurgaMu?
.....
....ect

Of courselah bila dah jadi macam tu persoalan-persoalan macam ni la yang bermain kat kepala kita kan?

Selepas seminggu beraya di kampung, ana pulang ke Universiti. Memang berat jugak abah dengan mak nak lepaskan ana maklum la kaki belum baik sepenuhnya. Tapi ana tak da pilihan lain memandangkan final exam dah dekat so ana terpaksa pulang jugak .

Sangat mencabar jugak hidup seorang orang istimewa @ OKU ni .Ana ke kelas seperti biasa tetapi memandangkan kaki ni belum baik sepenuhnya jadi terpaksalah bertongkat. Kelas ana hampir dengan hostel ana jadi mudahlah ana nak ulang alik, cuma yang jadi masalahnya bila kelas ana di aras tiga jadi terpaksa minta pertolongan rakan-rakan. Alhamdulillah ana menpunyai sahabat yang baik :).

Sepanjang ana sakit, ana baru sedar bertapa pentingnya sifat bersyukur itu. Ye la, mana tak pentingnya, bila kaki dah sakit susah pulak nak bergerak kesana kemari. Dan dari situ aku belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Ana rasa pelik bila tengok orang kurang upaya ni. Bila kita nak tolong mesti diorang macam tak nak terima pertolongan kita. Sekarang baru ana tahu kenapa, masa ana sakit hari tu pun ana tak suka kawan-kawan nak tolong bawakan bag atau buku ana sebab ana rasa rendah diri semua. Jadi no wonder la orang-orang kurang upaya ni tak berapa suka kita tolong diorang sebab diorang rasa diorang dah menyusahkan orang lain as long as diorang dapat buat sendiri diorang akan buat tanpa pertolongan orang lain. So jangan bila kita judge diorang ni sombong plak.

Lastly, ana nak ingatkan diri ana dan rakan yang membaca entry ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan. :)

Tuesday 7 August 2012

Perlu Ke Up To Date?? Up To Mu La~

Yahoo.Hari ini nak bercalote bab fesyen. Fuhhh, gaya cakap kalah fesyen designer pulak aku rasa.Kita boleh ke nak berfesyen?

Hohoho..Boleh je kalau nak berfesyen. Tak salah pon nak berfesyen ke up to date ke asalkan pandai dan bijak dalam menentukan apa yang haram ape yang halal .Pakaian pon ada halal dan haramnya macam makanan jugak la.

Macam kita tengok sekarang baanyak baju-baju yang direka agak pelik. Dan yang pelik itulah yang membuatkan kita rasa tertarik nak pakai dan gayakan. Betul tak?Hahaha..Mesti betulkan?Sebab ana pon minat jugak sesuatu yang unik ni.

Sekarang fesyen yang tengah hot ala-ala modern flash back. Tak salah nak pakai apa pon tapi kalau nak pakai kenalah cari yang menepati cara pemakaian menurut syarak.


DUA SYARAT UTAMA BAGI MENUTUP AURAT DENGAN BAIK:
  • Pakaian tersebut tidak menampakkan bentuk badan si pemakai.
  • Pakaian tersebut tidak menampakkan ciri-ciri tubuh si pemakai, seperti warna kulitnya.
Inilah dua syarat penting dalam soal pakaian. Selain itu, ada yang meletakkan syarat agar ia tidak menyerupai pakaian agama lain.

SYARAT PEMAKAIAN ISLAM
  • Syarat yang pertama menjadikan fesyen pakaian hari ini yang ketat sebagai pakaian yang tidak menurut syarak. Ada wanita Muslimah memakai pakaian ketat dan kecil yang disebut sebagai baby size. Entah betul, entah tidak. Apa nama saiznya sekali pun, apabila pakaian tersebut ketat, ia belum lagi menutup aurat dengan baik.
  • Syarat yang kedua menjadikan pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit, pakaian dalam dan sebagainya tidak selari dengan syarak. Ramai yang memakai baju kurung tetapi kainnya masih amat nipis.

Tudung pulak sekarang dah jadi satu fesyen dan trend bukan bertujuan menutup aurat. Pakai tudung itu tak wajid tetapi menutup aurat itu yang wajid. Sekarang tudung yang glamour tudung bawal. Memang cantik aku pon suka sangat sebab nampak ringkas. Tetapi ia agak jarang, jadi kalu nak pakai kenalah pkai iner neck so baru tak nampak leher kita tu kan. Agak panas jugak, masa mula ana pakai pon rasa macam rimas tapi sekarang rasa selesa.

Sekarang ni ana tengok banyak baju-baju macam dress kat pasaran kita. Memang baju tu labuh cuma ikut badan. Kalau nak pakai boleh tiada halangan cuma carilah yang agak longgar sedikit, barulah selesa kita pakai betul tak? Nak pakai kebaya tak salah tapi carilah yang longgar sedikit. Islam itu SYUMUL.

Seluar pulak, boleh kalau kita nak pakai, ye la tak kan nak 24jam kita asyik berbaju kurung je kan. Cuma carilah yang longgar sedikit baru selesa pergerakan kita.

Tak kisah ape yang kita nak pakai asalkan kita letak agama di depan InsyAllah semuanya akan menjadi baik di mata semua orang dan Allah swt. Aku pun suka berfesyen ni. Tapi sekarang aku nak fesyen aku seiring dengan tuntutan agama kita barulah hidup ni aman. Betul tak?

#Sebaik-baik pakaian ialah pakaian yang boleh dipakai ketika solat.