Monday 26 November 2012

Hijrah

Assalamualikum..Salam Maal Hijrah..


Entry kali ini aku nak kongsikan sedikit tentang hijrah.Hijrah bukan sekadar perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi hijrah jugak termasuklah perubahan diri.


Macam kita dapat lihat sekarang memang ramai public figure yang telah berhijrah.Daripada free hair kepada bertudung.Alhamdulillah sebab diorang diberi hidayah dari Allah S.W.T.


Aku as a student dekat IPTA memang ramai kawan.Daripada pelbagai latar belakang dan susur galur kehidupan.


Memang lidah katakn ingin berubah tapi hati yang susah nak lakukan. Ana nak kongsikan kisah ana sendiri. Pada mulanya ana nak pakai tudung memang agak susah. Banyak sangat halangan yang kena ana hadapi. Setelah ana dapat satu mimpi ana nekad untuk bertudung. Ana mula bertudung pada usia 13 tahun. Awalnya ana mula pakai tudung di rumah tapi terlalu banyak tentangan dari keluarga, kawan-kawan. Selepas 2 bulan ana memakai tudung ana mula berjinak-jinak untuk memakai jilbab labuh. Ana kuatkan hati untuk pakai jugak. Pekakkan telinga butakan mata. Setelah hampir setahun aku memakai jilbab ana ambil keputusan untuk pakai tudung biasa.


Untuk menutup aurat tak perlu memakai jilbab cukup sekadar apa yang kita pakai menepati hukum-hukum syarak. Alhamdulillah, ana masih memakai tudung sehingga sekarang. Cuma agak menyedihkan selepas SPM ana sedikit tergugat. Mula belajar dan berjinak-jinak dalam fesyen Halal/Haram. Tutup aurat tapi tidak menepati apa yang dianjurkan oleh Islam.


Pakai tudung tapi baju makin kecik, seluar makin ketat. Ana rasa berdosa sebab tak istiqomah dalam melakukan sesutu perkara. Alhamdulillah, sekarang ana mula sedar apa yang ana lakukan dan ana mula belajar untuk istiqomah dalam penhijrahan ana.


~Tamat~


Halangan yang paling hebat untuk kita berhijrah adalah diri kita sendiri. Ada suatu cerita yang ana nak kongsikan dengan korang.


Kisah ni berlaku pada zaman rasulullah dulu. Ada seorang lelaki yang ingin merompak sebabkan dia terlalu lapar. Dia ternampak sebuah rumah dimana rumah tersebut pintunya terbuka dan tidak berkunci. Lelaki itu pon masuk ke rumah tersebut dan dia ternampak sebuku roti. Niat di hati memang lelaki tersebut ingin mengambil roti tersebut tetapi dia teringat bahawa Allah pernah bersabda "Jika engkau tinggal yang haram nescaya Allah akan beri sesuatu yang engkau tak akan menyesal". Jadi lelaki tersebut terpaksa melupakan niat tersebut.


Lelaki itu masuk ke bahagian ruang tamu di mana dia mendapati barang kemas di atas alamari. Memang lelaki itu memang lanagkah kanan tapi memikirkan apa yang pernah Allah katakan dia lupakan barang kemas tersebut.


Lelaki tersebut terus berjalan menuju ke bahagian bilik di mana dia mendapati ada seorang janda tua. Janda tersebut tinggal berseorangan di rumah tersebut.Lelaki tersebut mula tergugat. Tetapi dia tinggalkan semuanya semata-mata ingin melihat apa yang Allah akan berikan jika dia ikut ape yang Allah katakan. Lalu bergegas keluar dari rumah tersebut.


Keesokan harinya janda tersebut memberi tahu rasulullah bahawa rumahnya di ceroboh. Rasulullah memberi memerintahkan supaya janda tersebut berkahwin bagi memastikan hal tersebut tidak berulang kembali.


Di sebabkan oleh perintah rasulullah janda tersebut berkahwin lah dengan salah seorang pemuda yang di pilih secara rawak di dalam masjid Nabawi tersebut. Mereka berkahwin dan semasa pulang ke rumah janda tersebut suaminya berasa hairan kerana dia merasakan rumah isterinya seperti rumah yang dia datang semalam. Dan rupa-rupanya sememangnya wanita yang di kahwini lelaki tersebut adalah tuan rumah yang dia ingin rompak semalam.


Kesimpulannya, apa yang Allah katakan benar belaka. Hanya Allah yang dapat menepati janji. Dan hanya DIA yang layak menggunakan slogan "Janji ditepati".


Tinggalkanlah perkara haram yang diingini ...
nescaya Allah akan memberikan dengan cara yang halal

No comments:

Post a Comment