Thursday 27 March 2014

KUSZA bumi tarbiyah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi. Dengan segala kurniaan dariNya, akhirnya tanggal 19 mac 2014 ana tamat pengajian. Terlalu banyak kisah yang tersimpan hampir tiga tahun ana bergelar pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin. Sukar untuk dihuraikan satu persatu. Moment indah terlalu banyak tak terkira dek akal.

Kadang kala apa yang terjadi tak seperti yang dirancang. Tapi, tak mengapa semua itu satu kenangan yang tak mungkin ana dapat cipta kembali walaupun diberi seribu tahun lamanya.

Dari situ ana belajar how to be independent senang cakap berdiri atas kaki sendiri. Sudah terbiasa duduk dibawah ketiak mak abah so sekarang tibalah masa untuk do everything by my own. Di sana
ana belajar menjadi khalifah kepada makhluk lain dan menjadi hamba padaNya.

Islam terlalu indah bagi ana .Apabila ana mengenali Islam makin ana cinta. Semakin ana belajar tentang agama semakin ana rasa ana bodoh. Kerana terlalu banyak yang ana tidak tahu. Ya Allah..kerdilnya hambaMu ini. Hidup hanya mahukan kehidupan tapi tidak tahu tujuan hidup sebenar.

Ingin sekali hati ku kembali ke sana. Hidup sebagai seorang mahasiswa. Jalani hidup sebagai seorang hamba Allah yang dikelilingi oleh insan-insan yang sangat baik. Persekitaran yang sangat membantu ana untuk lebih mengenali Islam iaitu agama kita sendiri.

Sungguh,aku rindu akan suasana disana. :(



Friday 7 March 2014

Kenapa fitnah?




Fitnah?
Kadang ana sediri keliru. Apakah yang kita lakukan ini bertujuan untuk mengelak fitnah atau mendatangkan fitnah?

Berpurdah, adakah ini bertujuan untuk mengelakan fitnah atau mendatangkan fitnah?

Kenapa mereka yang berpurdah lebih mendatangkan fitnah daripada mengelakkan fitnah?

Semua jawapan ada pada diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan sendiri yang membawa kita ke arah fitnah atau sebaliknya.P urdah sekarang dijadikan sebagai satu trend dan perhiasan yang menggantikan rambut. Bila berpurdah, kita merasakan kita sudah cukup baik tetapi tidak. Kita make-up mata kita untuk lebih kelihatan cantik. Tercapaikah matlamat kita untuk mengelakkan diri kita dari fitnah?

Tidak cukup dengan make-up, kita upload gambar-gambar kita di laman sosial. Secara tidak sedar,kita membiarkan diri kita ditatap dan diratah berkali-kali oleh si mata keranjang.

Jadi, bagaimana kita ingin menjadi contoh kepada muslimat yang lain? Apa bila bercakap mengenai aurat kita lebih gemar tujukan kepada muslimat yang free hair. Tapi, kita tidak sedar apa yang kita lakukan. Kita ini manusia dan seorang wanita, bukan pula barang untuk "diiklankan"

Jangan terlalu "gelojoh" mengejar fesyen yang disalurkan dari barat. Bersederhanalah dalam setiap perkara.Tidak perlu belebih-lebihan takut tidak tertanggung di akhirat kelak.

"Berpurdah biar bernialai solehah".

Jangan hanya ingin mengejar status solehah tapi nilai solehah itu sendiri tiada dalam diri kita. Malu pada Allah SWT, apabila kita mempergunakan agama untuk mendapat "gelaran" solehah.

Purdahkan hati sebagai mata kita memurdahkan wajah kita. ^_^