Tuesday 11 September 2012

Ustaz & Ustazah moden part 2

Sambungan pada entry yang lepas tentang haramnya arak.Kali ni nak cerita tentang haramnya khinzir atau nama lain yang di gunakan oleh kawan-kawan aku iaitu kerbau pendek..hahah..Agak kelakar di situ.

Situasi 2:

Berlaku di pendalaman Sabah, seorang ustazah yang dihantar bertugas di sebuah kampung. Seperti ape yang kita sedia maklum kebanyakan kampung-kampung di kawasan pendalaman Sabah kebanyakakan penghuninya pelihara khinzir. Ada satu hari ustazah tersebut kuar bersiar-siar di kawasan tempat penginapannya. Tiba-tiba beliau ternampak seekor khinzir berada di halaman rumah jirannya. Dan beliau berasa bergitu cemas. Al maklum la kalau kita di tempat berliau pon kita pasti cemas bukan?hahaha. Lalu jiran beliau menyapa.


Jiran:Hai ustazah, kenapa kamu nampak cemas sahaja?
Ustazah:Saya takaut sebab depan rumah kamu ada khinzir, kamu pelihara ke?
Jiran:Ya, saya yang pelihara. (dengan muka tak bersalah)
Ustazah:Kita sebagai seorang islam tak dibenarkan pelihara khizir, haram hukumnya.
Jiran:ohh..ya ka? tak mengapa, saya janji tak akan pelihara lagi.

Mereka selesaikan perbualan bergitu sahaja. Ustazah pon pulang ke rumah memandangkan hari dah lewat petang. Keesokan harinya ustazah lalu lagi di hadapan rumah jirannya tadi,alangkah terkejut apabila khinzir yang selalu berada di hadapan rumah jirannya kini seekor pon sudah tidak kelihatan. Lalu ustazah pun tersenyum gembira. Beliau berbual dengan jirannya dan bertanyakan tentang khinzir tadi.


Ustazah:Kemana semua khinzir yang kamu pelihara? Selalunya ade je dekat depan rumah ni. Hari ini  seekor pon saya tak nampak.
Jiran:Kan ustazah cakap haram orang islam pelihara khinzir jadi saya gulaikan semuanya.

Apabila dengar sahaja jawapan dari jirannya beliau terus kaku. Mulanya rasa bahagia tiba-tiba bertukar menjadi blur.

#Kesimpulanya tetap sama, penerangan tentang haram dan halal dalam Islam haruslah disampaikan secara jelas dan dapat difahami oleh orang yang kita ingin sampaikan.

Cerita ini hanya rekaan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.:)

Sunday 9 September 2012

Ustaz & Ustazah Moden part 1

Assalamualikum.. Terkejut tak dengan tajuk entry kali ini? Hahaha..semua mesti terkejut dengan entry yang ana nak kemukakan kali ini. Ini agak hot topic jugak.

Dua tiga hari lepas ana dengar tentang isu ni di masjid. Memang ia menarik minat ana untuk berkongsi di blog ana ini. Ini tentang halal dan haram.

Situasi pertama:

Berlaku dipekarangan sekolah rendah. Ini mengisahkan seorang ustaz di sekolah berkenaan. Pada suatu hari ustad tersebut menerangkan tentang isu haramnya arak dan sebab di haramkan arak ke atas umat Islam.

Pelajar:Ustaz kenapa arak ni ustaz cakap bahaya walhal ia hanyala minuman?
Ustaz:Kalau nak tahu kenapa jom kita pakat p lab kita buat ujikaji ok.

Semua pelajar pergi ke lab. Ustaz tersebut menyediakan dua tabung ujikaji. Tabung A dan Tabung B. Kedua-dua tabung tersebut dimasukan seekor cacing, tetapi tabung A di masukkan air mineral biasa dan tabung B ustaz tersebut masukan arak yang dikatakn bahaya tadi.Beberapa minit kemudian cacing yang berrada di dalam tabung A didapati mati.

Ustaz:Tengok, kan cacing tu dah mati sebab tulah ustaz habaq kat hangpa yang arak tu bahaya.
Pelajar:A'a..cacing tu mati la..

Tak lama kemudian kedegaran loceng berbunyi itu tandanya sesi pembelajaran dah tamat. Semua pelajar dah kemas barang dan kelas bersambung pada minggu hadapan.

Ustaz:Ok kelas kita dah habis. Kita jumpa lagi minggu hadapan.

Apa yang mengejutkan, apabila ibu bapa pelajar-pelajar tadi datang ke sekolah dan membuat aduan bahawa anak-anak mereka membawa balik arak ke rumah. Apabila di tanya mereka mengatakan bahawa ustaz di sekolah memberi tahu bahawa arak dapat membunuh cacing. Di sebabkan itulah pelajar-pelajar membeli arak sebab nak bunuh cacing yang berada di dalam perut mereka.

#Kesimpulannya disini. Kita tidak perlu melakukan sebarang eksperimen untuk menerangkan tentang halal haram sesuatu perkara atau perbuatan tersebut cukup sekadar kita terang secara jelas dan ianya dapat difahami oleh orang lain.

Skrip dan cerita ini hanyalah rekaan cuma untuk dijadikan iktibar kepada kita. Maap kalau ada salah silap pada entry ini.

Saturday 8 September 2012

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Selamat hari raya maaf zahir dan batin..Rindu rasanya nak update blog ni. Maklumlah lama  rasanya tak update ape-ape entry. Now I came back!! huhuhu

Before raya memang ana busy gila dengan preparation for test and midterm bagai, so tak da masa nak online semua ni. Nak kata always study pon tak jugak tapi masa untuk update blog memang tak da.

Banyak benda sebenarnya nak dikongsikan bersama ni, rasa macam gila tak sabar nak update entry-entry yang hot~

Before raya aku kemalangan so tak dapat la nak update entry tentang RAYA. Hahahaa..Raya pon kat atas katil je. Tapi yang penting duit raya still masuk.huhu..untungla kan~Jangan nak jealous ok!

Sekarang nak bercerita tentang apa yang berlaku pada ana semasa ana kemalangan tu. Memang ana tak sangka ana boleh terlibat dalam kemalangan tu. Dahla two days before raya, memang sedihla nak habaq hang..hahaha..

Ana xdapat jalan so masa the first night lepas balik dari hospital tu ana memenang nak tido pon tak boleh kaki ni asyik sakit je. Mujurlah ada ibuku tercinta yang sentiasa dengan ana.

Ya Allah ana bersyukur sangat, sebab Allah masih bagi peluang untuk ana hidup. Ana ingatkan masa ana xcident tu ana dah memang  past away la.Memang benda tu jadi pantas sangat. Ana kira bertuahla sebab masih diberi peluang untuk hidup kat dunia ni.

Ana belajar banyak perkara dengan apa yang dah jadi ni, ana asyik fikir, kalau la Allah ambik nyawa ana masa tu ana tak dapat nak banyangkan.

Ambik masa jugak untuk aku lupakan apa yang berlaku. Ana bermonolog sendiri:

Ya Allah aku belum sempat membalas cintaMu.
Ya Allah,belum cukup amal ibadatku padaMu,
Ya Allah,belum puas aku menatap kekasihku(mak,abah,kawan-kawan dan saudaraku)
Ya Allah,belum sempatku membalas jasa kedua ibu bapaku.
Ya Allah,aku belum bersedia untuk menemuiMu.
Adakah cukup pahalaku untuk ke syurgaMu?
.....
....ect

Of courselah bila dah jadi macam tu persoalan-persoalan macam ni la yang bermain kat kepala kita kan?

Selepas seminggu beraya di kampung, ana pulang ke Universiti. Memang berat jugak abah dengan mak nak lepaskan ana maklum la kaki belum baik sepenuhnya. Tapi ana tak da pilihan lain memandangkan final exam dah dekat so ana terpaksa pulang jugak .

Sangat mencabar jugak hidup seorang orang istimewa @ OKU ni .Ana ke kelas seperti biasa tetapi memandangkan kaki ni belum baik sepenuhnya jadi terpaksalah bertongkat. Kelas ana hampir dengan hostel ana jadi mudahlah ana nak ulang alik, cuma yang jadi masalahnya bila kelas ana di aras tiga jadi terpaksa minta pertolongan rakan-rakan. Alhamdulillah ana menpunyai sahabat yang baik :).

Sepanjang ana sakit, ana baru sedar bertapa pentingnya sifat bersyukur itu. Ye la, mana tak pentingnya, bila kaki dah sakit susah pulak nak bergerak kesana kemari. Dan dari situ aku belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Ana rasa pelik bila tengok orang kurang upaya ni. Bila kita nak tolong mesti diorang macam tak nak terima pertolongan kita. Sekarang baru ana tahu kenapa, masa ana sakit hari tu pun ana tak suka kawan-kawan nak tolong bawakan bag atau buku ana sebab ana rasa rendah diri semua. Jadi no wonder la orang-orang kurang upaya ni tak berapa suka kita tolong diorang sebab diorang rasa diorang dah menyusahkan orang lain as long as diorang dapat buat sendiri diorang akan buat tanpa pertolongan orang lain. So jangan bila kita judge diorang ni sombong plak.

Lastly, ana nak ingatkan diri ana dan rakan yang membaca entry ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan. :)