Tuesday 10 December 2013

Past is past,lets move on



Sesungguhnya semua manusia inginkan sesuatu yang baik. Tiada seorang pun yang dilahirkan untuk menjadi seorang insan yang jahat. Semua itu terpulang kepada diri kita sendiri. Kita diciptakan dari air mani kedua ibubapa kita, subhanAllah bertapa hinanya diri kita.

Semasa kita lahir, kita bergitu suci umpama kain putih dan kita dewasa dengan pelabagai corak dan warna yang kita sendiri corakkan. Siapa diri kita pada masa akan datang itu semua terserah kepada kita

Semua insan cinta akan kebaikan kerana sudah menjadi fitrah manusia yang suka akan kebaikan. Semua manusia berhak menjadi baik.

Dan, apabila seseorang itu sedang mencuba menjadi baik, kita sepatutnya memberi sokongan bukan mematahkan semangatnya. Jangan sesekali kita mengenangkan kisah silamnya. Buku lama jangan dibuka dan di selak kembali kerana dikhuatiri ia menjadi satu penghalang untuk kita terus berhijrah.

Dan buatmu, kedua ibubapaku terima kasih kerana melahirkan ana di dunia. Mungkin ana tidak cukup baik sebagai seorang anak tapi ana akan cuba dan terus cuba menjadi yang terbaik. Maafkan segala kesalahanku selama ini.

Buatmu sahabat, terima kasih kerana sering memberi ana semangat. Jasa baik kalian tidak mampu ana balas. Semoga kasih kita kekal ke Jannah, insha'Allah.

Saturday 30 November 2013

Lets Follow Ammar





Assalamualikum. Lama rasanya tak update apa-apa entry. Entry kali ni nak bercerita pasal allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam. Usia arwah sama dengan ana tapi beliau terlebih dahulu menghadap Ilahi. Alhamdulillah, kematiannya amat menarik minat ana untuk serta berjuang sepertinya.

Sepanjang hidupnya tiada siapa yang mengenali dirinya. Tapi, apabila meninggalnya seorang insan berhati mulia ini menjadi perbualan ramai. Namanya sering dibibir anak-anak muda seusia ana. Ana turut bangga dengan arwah.

Cerita hidupnya menjadi santapan diri ana dikala ana mula jemu untuk berjuang. Berjuang bukan sekadar menggalas senjata tetapi berjuang melawan nafsu diri, berjuang menegakkan panji Islam.

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yang disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yang bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. 

Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yang ada. Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. 








Thursday 6 June 2013

Warkah buatmu sahabat

Assalamualaikum..Salam jumaat buat muslimin dan muslimat. Dah lama rasanya ana tak update blog ni, tak ada masa + malas. Hari ini tergerak nak update satu entry bertajuk "Warkah buatmu sahabat".

Bismillahirahmanirahim. Hati jadi semakin sebak bila mengingatkan peristiwa sedih itu, bila rindu mengundang membuatkan semakin sebak di dada. Sahabat yang selalu bersama ana pergi buat selamanya dalam satu kemalangan jalan raya. Arwah meninggal akibat kecederaan teruk. Kami berkawan sejak kami dibangku sekolah rendah lagi, dan apabila semakin dewasa semakin rapat dan akrab walau sering bergaduh tapi kami masih sahabat.

Pada 10 Mei bersamaan 29 Jamadilakhir beliau pergi meninggalkan kami semua. Saat ana mendapat berita kematiannya, ana seakan bermimpi dan tergelak sendiri. Ana lihat jam di handphone ana menunjukkan pukul 1:29 pagi. Saat itu air mata mula membasahi pipi, seakan tidak percaya.

Arwah seorang anak yang baik, abang yang baik serta sahabat yang baik. Ana masih teringat pada bulan puasa tahun lepas ketika ana kemalangan dia datang membantu, membawa ana masuk ke ruang ICU, dan menawarkan diri untuk mengisi borang-borang hospital. Tak dapat ana membalas jasanya. Ana bukan sahaja tidak dapat menolongnya semasa kemalangan malah ana tak sempat melawatnya di hospital pada saat-saat dia ingin menghembuskan nafas terakhirnya. Arwah pernah berkata jika dia mati nanti dia inginkan dirinya mati pada hari jumaat, Alhamdulillah impianmu tercapai sahabat ku.

Beberapa hari sebelum arwah pergi meninggalkan kami semua, ana sempat berjumpanya tapi hanya senyuman yang dia berikan. Sememangnya arwah sangat murah dengan senyuman. Sehingga saat ini senyumannya masih berbekas dihati dan ana mengharap senyuman dan wajahnya sentiasa dapat ana banyangi.

Keesokan paginya ana bersiap pergi ke rumahnya bagi menziarahi arwah. Bila tiba di rumaha arwah keadaan semakin sayup ana rasakan. Melihat wajah ibunya yang seakan menyembunyikan kesedihan, wajah rakan-rakan yang menahan kesedihan. Ana kuatkan langkah kaki ana menunggu di luar rumah sehingga arwah siap dimandikan apabila siap dimandikan dan dikafankan ana cuba menyelinap masuk ke dalam rumah bagi menatap wajahnya buat terakhir kali. Semakin meronta perasaan sedih ana apabila melihat wajahnya yang seakan tidur sambil tersenyum.

Selepas selesai solat kami menunggu sesi pengkebumian arwah setelas semuanya selesai ana dan seorang sahabat ana pergi ke tempat kemalangan bagi melihat sendiri keadaan. Sangat menyedihkan, apabila ana melihat sepasang sandal berwarna merah miliknya ada di tepi jalan.

Bila ana rasa seakan rindu itu datang akau cuba kuatkan hati untuk membuka FB arwah dan di wallnya penuh dengan kisah tentangnya. Ramainya post di wall dan mengatakan arwah seorang yang sangat baik. Dan paling menyentuh hati ana apabila membaca satu post berkitan dialog antara arwah dan bapak saudaranya disaat nafas terakhirnya.

"Pak Teh. Feq sakit sangat ni. Tapi Feq tak mau mati lagi" 

Sehinggakan hari ini masih ramainya post macam-macam di wall FB arwah. Buatmu sahabat ku Mohamad Taufiq Tajri damailah engkau disana, Insha'Allah ana bakal menyusulmu dan bertemumu di Jannah.

P/S:Buat yang membaca cerita ini, hargailah sahabat yang kita miliki. Sesungguhnya mereka adalah anugerah yang terindah dari Allah SWT kepada kita. Ingat, mati tidak mengenal usia, esok lusa belum tentu ada untuk kita.

Wednesday 13 February 2013

Silent



"Jika cinta dalam diammu itu tak memiliki kesempatan berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam kerana Allah punya rencana terbaik untukmu. Jika dia bukan milikmu, maka Allah akan menghapus cinta dalam diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang lebih tepat. 
Jadi, biarkan cinta diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu dan menjada rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu, kerana hati kita Allah yang jaga…"

Tuesday 12 February 2013

LOVE IS CINTA

Assalamualaikum.Entry yang sangat memberi makna bagi ana.Cinta?Apa maknanye cinta?CINTA kepada ALLAH.CINTA kepada RASUL.CINTA kepada IBU BAPA dan CINTA sesama manusia.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kita masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kita masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kita tidak mencintainya lagi jika kita masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kita mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kita Cuba menutup matamu dari orang yang kita cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi.

Kita tahu bahwa kita sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kita tidak pernah tahu bila kita akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Khas untuk sahabat-sahabatku 

Thursday 7 February 2013

Hati perlu dijaga



Assalamualikum.Entry kali ini ana nak bercerita tentang HATI. Disebabkan kebelakangan ini entry ana banyak menjurus ke arah cinta jadi ana rasa lebih elok kalau ana tukar sedikit selera ana kepada topik HATI.

Semua manusia ada hati. Malah haiwan pun mempunyai hati cuma ia berbeza dengan hati manusia. Terlebih dahulu ana nak memperkenalkan apa itu hati?Hati merupakan organ dalaman .manusia yang terletak di bahagian dada manusia.

Ana ada seorang sahabat yang setiap kali berjumpa ana dia akan tanyakan "Apa khabar hati?" "Apa khabar iman sihat?".Soalan yang jarang ana di pertanyakan oleh orang lain kepada ana. Ana selesa dengan soalan tersebut.

Ya hati. Jika hati baik maka baiklah seluruh jasad tetapi jika buruk hati maka buruklah seluruh jasad. Tetapi kita sering lupa untuk menjaganya. Dengan alasan hati itu tidak terlihat oleh kita.

Kalu kita tahu bahawa ,kebahagian dan kelapangan manusia itu bersumberkan dari kebersihan hatinya bukan daripada kebanyakan hartanya. Maka jagalah hati kita ini sebaik mungkin. Jauhkan diri dari melakukan segala perkara yang boleh merosakkan hati kita. Hati itu anugerah yang sangat berharga.

Marilah kita bersama-sama menjaga hati kita.Supaya kita memperoleh kebahagian yang abadi.


Wednesday 6 February 2013

Wanita bukan untuk di iklankan!

 Assalamulaikum, entry kali ini tentang wanita dan ana sebagai wanita akan berkongsi sedikit mengenai tajuk "Wanita bukan untuk di iklankan" .Firstly, ana nak tegaskan di sini, wanita bukan barang mahupun objek yang boleh dijadikan iklan dan tatapan umum. Mungkin korang masih belum jelas di sini kan? Baca sampai habis dan korang akan faham ape yang ana maksudkan.

Telefon bimbit, kereta dan komputer riba apabila dipaparkan dan diiklankan boleh menaikkan kemahuan ramai untuk memilikinya, membeli and so on. Itu tak jadi masalah sebab telefon bimbit, kereta dan komputer riba dihasilkan dalam keadaan yang banyak dengan ciri yang sama, harga yang sama dan kepuasan yang sama. Jika ada yang berminat dengan model tertentu, boleh pergi ke kedai dan terus beli. Model atau spesifikasinya dihasilkan sama. Semua orang boleh beli jika dia teringin memilikinya.

Tapi wanita tidak!

Wanita apabila kita memaparkan wajah kita di internet (Facebook contohnya), pasti ramai akan timbul keinginan untuk memiliki kita. Masalahnya kita hanya dihasilkan satu sahaja, bukan ramai. Model dan spesifikasi kita unik setiap satu dan berbeza. Dan hanya satu orang sahaja yang boleh memiliki kita iaitu suami. Selepas kita dimiliki suami, kita tak boleh lagi dimiliki oleh orang lain. Satu sahaja. Jika orang lain mahu, sudah tak boleh, melainkan lelaki yang satu itu (suami) melepaskannya.

Jadi, samada kita belum berumahtangga atau sudah berumahtangga, elakkanlah memaparkan diri (mengiklankan diri) kita sehingga ramai yang melihat dan menimbulkan keinginan ramai untuk memiliki. Kerana kita hanya merosakkan hati lelaki, mengacau hati mereka dan kadang-kadang sehingga mengecewakan mereka lantaran diri korang terhad satu sahaja.

Bukan tidak boleh papar wajah. Boleh papar wajah kerana ia bukan aurat. Tetapi bukanlah menonjol-nonjolkan diri di khalayak ramai dan di internet. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah buat kaum lelaki khasnya. Kawallah diri kita dan malulah.  Kerana malu itu dari iman.
Kita bukan telefon bimbit, kereta dan komputer riba!
Kita wanita yang dimuliakan ALLAH!

Monday 7 January 2013

Kata hati





 Aku hanya wanita biasa,
Hidupku seperti lautan,
Terkadang ada pasang surutnya,
Saatku mula bangkit untuk berdiri,
Saatku mula bertatih untuk berjalan,
Saat hatiku belajar menerima realiti,
Engkau ada muntuk menemani,
Saatku mula berlajar untuk tersenyum,
Hatiku mula berlagu riang,
Jiwaku terasa hidup kembali,
Engkau hilang seperti bulan di kala malam.
Aku masih mencari,
Mencari akan khilafku,
Aku meneroka seluruh kalbu,
Demi mencari sebuah jawapan,
Aku keliru akan dirimu,
Aku terjelopok di dalam kebuntuan,
Hatiku mula menangis,
Jiwaku berombak pilu,
Saat hatiku mula berbunga riang,
Aku terkelu akan sang kumbang,
Hatiku tertanya-tanya,
Hidupku terasa kelam,
#Just for my bestfriend:Sepet -.-


Allah..Bila masih ku diberi kesempatan..izinkan aku untuk mencintainya..Namun bila waktuku telah habis dengannya..Biarkan cinta ini hidup untuk sekali ini saja.

Wednesday 2 January 2013

Mengapa manusia mudah melakukan zina?

"Wajahnya tertunduk.Terbayang dosa yang baru sahaja dia lakukan.Dia telah berzina dengan teman sebiliknya.Dunia seakan mahu runtuh."

Penyesalan memang terjadi di belakang hari.Saat semuanya sudah terjadi,maka yang ada hanyalah tangisan.Orang bergitu mudah tergoda untuk melakukan perzinaan.Mereka seolah-olah bergitu mudah untuk melakukannya.Persoalannya,mengapa mereka nergitu mudah melakukan zina?

Pertanyaan ini menarik untuk dibahas.Mengapa manusia sangat mudah melakukan perzinaan,sedangkan mereka sangat liat apabila disuruh menikah?Bila ada kesempatan,ada peluang,seseorang dengan ringan melakukan perzinaan.Di pejabat,di kawasan perumahan,bahkan di lokasi-lokasi umum,mereka boleh bertemu dan melakukan zina di tempat yang mereka sepakati.Bergitu mudah dosa dilakukan.Bergitu mudah pula mereka jatuh ke lembah kehinaan.

Ana tidak menafikan nafsu manusia seumpama kuda liar. Jika ia tidak boleh tunduk oleh kekuatan iman ,ia akan meraung-raung untuk dilepaskan. Untuk itu hati yang qanaah kepada Allah diperlukan bagi mengikatnya. Mengikatnya supaya tunduk patuh kepada perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Diperlukan jiwa-jiwa yang mahu diatue oleh Rabbnya. Mengikuti segala sisi syariah-Nya yang sudah dibuat rapi tanpa cela. Sehingga nafsu itu menjadi saluran yang baik.

Islam memberi ruang untuk nafsu mencintai wanita tidak cuma satu tapi hingga 4 wanita boleh dinikahi sang arjuna Islam membuka pintu pernikahan selebar-lebarnya kerana Allah Maha Mengetahui setiap hamba-Nya. Tetapi Islam tidak mengiktirafkan sebuah cinta yang haram.Cinta yang melanggar norma kesusilaan. Cinta yang membunuh kepedulian.Cinta serakah yang berlebihan dari had dibenarkan.

"Dialh Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak(Menciptakan)langit,lalu dijadikan -Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."-(Al-Baqarah:29)


Jadi mengapa kita melawan apa yang sudah menjadi aturan Allah untuk kita? Mengapa kita melanggar apa yang sudah menjadi larangan-Nya?Dan mengapa kita begitu mudah menganggap aturan-Nya sebagai sesuatu yang biasa-biasa sahaja?.

Kita adalah ciptaan Allah yang sepenuhnya harus berpasrah diri pada ketentuan-Nya? Bukankah kita adalah manusia yang saat ini ingin berabdi sepenuhnya kepada Allah?Lalu mengapa kita cenderung memilih berkhianat? Jadi tugas kita yang paling utama adalah untuk beribadah kepada Allah dengan ibadah yang paling sempurna. Mengapa kalau untuk urusan dunia kita selalu inginkan sesuatu yang terbaik, sementara untuk urusan ibadah kita hanya melakukan secara sambil lewa sahaja?

Kita haruslah berusaha menghadapkan wajah kita kepada Allah. Agar kita tidak mudah berdosa kepada Allah. Tidak mudah melanggar perintah-Nya dan tidak mudah berzina hnaya kerana memenuhi tuntuta nafsu belaka.Kita harus belajar untuk setia kepada Allah bukan hanya setia kepada kekasih. Menghadapkan wajah kita kepada-Nya.

Sebagai renungan kita bersama :)

Tuesday 1 January 2013

AWAS!


Assalamualikum.Entry kali ini hanya kartun yang di petik dari sebuah komik yang agak menarik untuk di kongsikan.Even kartun dan lukisan ini hanya biasa-biasa sahaja,tanpa warna dan hanya berlatar belakangkan warna putih dan kosong tetapi mempunyai mesej yang menarik untuk di sampaikan kepada kita semua.


Kepada remaja-remaja di luar sana please behave yourself.Jangan sia-siakan hidup anda dengan keseronokan  duniawi.Kerjakan amal ibadah terlebih dahulu sementara masih mampu bernafas."Amal makruf nahi mungkar"