Tuesday 16 October 2012

Boycott Cartoon Yahudi


Asslamualikum semua.Haaaaa..Entry kali ni tentang kartun.Maklumlah dah cuti semester so ape lagi enjoy yourself.Enjoy,enjoy jugak saham untuk akhirat jangan lupa.Hari tu before cuti aku ade la download-download cerite-cerite kartun kat internet maklumlah sebagai bekal nak bawak balik umah.


Dekat kampung bila cuti je ramai anak buah berkumpul so aku ni terpaksalah layan kartun bersama walaupon tak de lah minat sangat.


Aku download macam-macam cerita.Sebab aku pon jenis suka tengok kartun jugak.Memandangkan cuti lama so kenalah download banyak-banyak.Ada satu kartun tu sangatlah menarik dan comel tajuk dia pon cute jugak "HAPPY TREE FRIENDS"tapi ceritanya mak ai punya la kejam.Korang tak percaya boleh tengok sendiri.



Lepas korang tengok ni korang nilai lah sendiri.Gerun pon ade bila tengok.Sekarang kita dapat lihat bertapa liciknya Yahudi ni sampaikan pemikiran kanak-kanak pon diorang nak rosakan jugak.bBila di tengok-tengok semula rupanya every series ade saja part-part kejam ni.Jadi awasilah anak-anak,adik-adik kita dari tengok cerita-cerita sebegini.

So,kita sebagai orang dewasa kita yang patut pilih cerita ape yang sesuai dengan kanak-kanak ni jangan sampai pemikiran diorang dicemari dengan pengaruh-pengaruh jahat yang di dalangi oleh Yahudi.

Kesempilannya,kita haruslah lebih berhati-hati kerana dunia sekarang semakin sarat dengan agenda-agenda lanatullah.Dan kita sebagai orang Islam haruslah bersama-sama memelihara agama kita daripada di cemari anasir-anasir jahat Yahudi,Zionis dan sekutu mereka.


Monday 15 October 2012

Patut anda miliki

Asslamualikum..Hai..Apa yang bermain di minda korang apabila baca tajuk entry ni."Patut anda miliki".Apa yang patut?hahaha..Bukan aku yang patut Najwa Latif tu ni benda lain.Barang baik,so kena kongsi.

Kali ni nak kongsikan dengan korang tentang sebuah buku yang PATUT anda miliki.Bukunya sangat menarik dan buku ni di perkenalkan oleh teman aku sendiri.Jeng,jeng,jeng tajuknya Art Of Deception karya Jarry D Gray.Buku ini menceritakan mengenai Amerika, Freemason dan Zionis menipu kita selama ini. Memang, kita ditipu bulat-bulat oleh media massa sebenarnya.




Apakah kandungan buku ni?Buku ini merupakan perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order.Apabila kita baca buku ni baru kita tahu agenda-agenda Amerika dan juga Zionis ni.

Seterusnya,buku ini dapat  membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku.Selama ni aku pon tak tahu apa sebab berlakunya 9 September dan apakah mesteri yang tersirat di sebalik peristiwa tersebut.Dalam buku ini menceritakan peristiwa 9 september yang kononnya mendakwa pengganas yang yang mendalangi serangan ini sedangkan ia adalah perbuatan Amerika sendiri! Pengarang buku ini iaitu Jerry D. Gray adalah bekas perajurit tentera udara Amerika (USAF) dan telah memeluk agama islam dan kini aktif menjalankan aktiviti dakwah.


Dengan memmiliki dan membaca buku ini juga kita dapat mengetahui bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas.

Dan akhir sekali kita dapat tahu bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat.

- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).
(Imam Malik).
Hadis ini mengandungi:
(1) Pusaka Peninggalan Rasulullah s.a.w. yang kekal abadi. 
(2) Kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. menjamin keselamatan umat manusia.
Buku ni berhrga rm20 sahaja,so korang boleh la pergi beli dekat bookstore berhampiran.Tak rugi pon kalau beli buku ni,banyak benda kita boleh tahu.Jadikan buku ni sebagai salah satu koleksi buku korang.

Akhir kata,jangan biarkan diri kita di tindas.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.

Sunday 14 October 2012

Love after marriage



Assalmualikum semua, entry terbaru aku tentang "Bercinta selepas kahwin" a.k.a "not couple until nikah". Kalau kita dapat tengok sekarang dah banyak sangat pasangan yang bercinta selepas kahwin. Yang terbaru adalah seorang public figure mustahil korang tak kenal siapa orang ni. Seorang artis wanita iaitu Irma Hasmie.

Memang meletuplah kisah diorang ni. Sampaikan aku rasa happy sama. Vidoe wedding diorang pon aku download ( tak de keje).



But now, ana tak nak bercerita tentang diorang tapi tentang seorang blogger ni. Dia punya kisah sangat menarik dan menyentuh hati ana. Mungkin dah ramai yang tahu pasal ni and dah pon kenal siapa blogger yang aku maksudkan.

Gambar selepas akad nikah

Dena Bahrin. Seorang blogger muda. Berusia 20 tahun dan sudah pon mendirikan rumah tangga. Ceritanya hampir sama macam Irma tapi sekit pon tak serupa.Hahaha..Mesti ramai cofiusekan. Ntahlah ana pon tak paham apa yang ana maksudkan.


Semua dah ready nak tahu cerita si blogger cilik ni bukan? Ok..Macam remaja-remaja lain si Dena ni jugak mempunyai lelaki yang dia minati. Tapi atas kehendak kedua orang tuanya dia mengikut rancangan kedua orang tuanya yang ingin menyatukan dia dengan seorang anak kenalan bapanya.


Macam kita jugak,bila dah parents yang tentukan soal pasangan kita mesti la kita sedikit memberontak. Bergitu jugak dengan si Dena ni. Pada mulanya dia sedikit memberontak tetapi selepas membuat solat Istiqarah dia nekad untuk terima pinangan si jejaka tersebut. Tengaoklah bertapa sweetnya diorang lamar dengan cara macam ni. So touching.

Video Dena Baharin

Alhamdulillah, Sekarang diorang pon dah hidup bahagia dan tak lama lagi Dena bakal bergelar ibu. Yahoo..Tumpang happy sekaki. Siapa cakap perlukan cinta baru kahwin?Haa..sekarang tengok bukti dah ada. Cinta lepas kahwin itu jauh lebih indah.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Saturday 13 October 2012

Transformation not Transformers


Assalamualaikum..
Fuhhhh..selepas selesai semua assigment,quiz and final exam rasa ringan sikit kepala ni.Ok, entry untuk kali ini berkaitan diri ana. The title is perubahan, atau dengan nama lain hijrah,atau panggilan orang putih iaitu "transformation".
Apa itu perubahan, hijrah dan juga tranformation?Ok sekarang ana cerita difinisinya dulu ok. For my opinion perubahan ini adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh diri kita untuk menjadi lebih baik.
Alhamdulillah..Sekarang ana dalam proses untuk ke jalan itu. Masih banyak yang ana harus lalui. Setiap hari ada sahaja halangan yang mendatang. Memang sukar untuk kita lakukan kebaikan tapi kalau nak buat jahat sangat lah mudah.
Selepas berubah ana dapat rasakan bertapa bestnya hidup ni. Tenang dari sebelumnya. Tapi hidup ni tak selalunya indah. Boleh dikatakn hampir setiap hari ada saja yang mempersoalkan kenapa ana perlu berubah?kenapa ana perlu pakai macam ni? kenapa tak boleh jadi macam dulu?.
Tipu kalau ana katakan yang ana dah tak berminat nak berfesyen macam dulu. I'm still young ok.Hahaha... Islam itu syumul. Sedikit pon tak menghalang kita untuk berfesyen asalkan kita tahu sesuaikan dan masih menepati hukum-hukum syarak.

Biar tak cantik dimata manusia asal cantik dimata Allah. Kita tak perlukan penilaian manusia, apa yang kita perlukan pernilaian Allah, Tuhan yang menciptakan kita

Sebelum kita ajukan soalan itu kepada orang lain cuba kita tanya diri kita sendiri, perlu sebab ke untuk seseorang itu berubah? Dan akhirnya kita akan dapat jawapannya. And the answer in no!
Hidup kita tak tahu berapa lama. Mati kita tak tahu bila masanya. Sempatkah kita untuk sediakan diri sepenuhnya sebelum berjumpa Allah? Tepuk dada tanya iman.

Terkadang rasa ralat juga nak teruskan apa yang aku hajatkan. Tapi Alhamdulillah ada ramai yang memberi sokongan. Love you all. Maklumlah bila kita baru nak berhijrah ni kita menjadi tumpuan orang di sekeliling kita. Tak boleh silap sikit. Kerja mencari salah kita.

Pedulikan kata mereka. Butakan mata pekakkan telinga. Yang penting Allah tahu ape yang kita lakukan.
Sesiapa yang baru nak berhijarah teruskan usaha anda. Sama-sama kita menuju syurga Allah. Ingat, dalaman akan di zahirkan melalui apa yang kita pakai. ^_^


Thursday 11 October 2012

Bakal imamku


Hohoho..Asslamualikum..Izzaty in the house.

Entry kali ini nak bercerita tentang bakal imamku. Aha.. Bestkn topik ini. Sebenarnya calonnya belum ada cuma entry ni ana nak kongsikan ciri-ciri bakal imam idaman kalbu. Fuhh.. Berpeluh la sesiapa yang membaca ni.Hahaha..Sebab banyak sangat ciri-ciri yang ana inginkan.

1.Solat lima waktu
Ana nak seorang yang pentingkan solat. Sebab solat kan tiang agama. Kalau Allah pon awak boleh ingkar macam mana nak jaga saya nanti. Betul tak? Ni ciri-ciri yang sangat penting untuk bakal imamku.

2.Sedap mata memandang
Maksudnya disini, bukannya handsome atau cute ala artis korea tertapi memadai bila ana tengok muka dia sejuk kat hati ni ha. Tak perlu la kot yang tough bagai. Tua nanti kerepot jugak kan. Simple but nice, tak perlulah rasanya lagak macam artis. Cukup sekadar berpakaian kemas dan bersih.

3.Hormat
Siapa cakap respect itu tak penting? Bagi aku respect each other itu penting. Dia boleh hormat ana sebagai seorang perempuan dan bakal menjadi suri di hati dia. Contoh hormat itu adalah first, hargai ana sebagai seorang perempuan atau bahasa yang mudah difahami iaitu don't try to touch me!. Second, hormat pendapat ana. Setiap orang ada pendapat masing-masing bukan?  So kalau boleh kepada bakal imamku tolonglah hormat pandangan atau pendapatku. Third, hormat kedua ibu bapaku. Memanglah awak tu nak kawin dengan saya bukan dengan bapak saya, tapi diorang parents saya jadi awak kena hormatlah ok! ^ ^

4.Kepercayaan
Yang ni sangatlah penting. Ana inginkan seorang lelaki yang boleh mempercayai diri ana. Siapalah yang suka orang yang dia sayang curiga tentang dia kan. Kepercayaan itu kunci kepada semua masalah. Kepada bakal imamku, awak kena percaya kepada saya. Saya tak suka awak curiga. Paham?

5.Jujur
Aha.Awak yang bakal jadi imam saya tu kena lah jujur. Jangan nak sembunyi apa-apa dari saya ok? saya tak suka. Everything happend try to jujur. Don't be lie ok. Ana sangat-sangat dan sangatlah tak suka.

6.Boleh jadi super hero
Bukan superman tapi my super hero. That mean, awak boleh protect saya. Awak macam anti-protection la bagi saya. Awak kenalah berani. Jangan sampai saya pulak yang protect awak nanti. Sebab secara fitrahnya wanita itu lemah.

7.Tidak merokok
Ok. Bila ana cakap sal rokok semua lelaki yang termakan cili mesti akan buuuuuu panjang-panjang dekat ana. Dekat sini ana nak bagitahu sikit. Ana sikit pon tak kisah korang nak merokok tapi kalau asap tu korang-korang je yang sedut tak apa tapi masalahnya kitaorang si kaum hawa ni pon terpaksa sedut sama. Euww..cool ke isap rokok tu? busuk and kotor adalah.(iklan kejap)

8.Penyayang
Haaa..Awak kenalah jadi seorang yang penyayang. Tanyalah mana-mana wanita pun diorang mesti nak lelaki yang penyayang punya. Ana berani potong kuku lah..hahahaha

9.Boleh membimbing
Ana cuma wanita biasa. Ana inginkan lelaki yang boleh membimbing ana bukan lelaki yang perlukan bimbingan. Kepada bakal heroku, saya harap awak dapat bimbing saya menjadi anak, wanita dan isteri yang solehah. Amin ya Robbal alamin.

10.Not hot temper
Ana inginkan lelaki yang penyabar dan bukan yang angin kuskus. Almaklumlah, perempuan ni banyak kerenahnya. Kalau dapat yang jenis hot ni susah jugaklah. Asyik perang je. Pinggan mangkuk semua terbang. Itu yang bahaya.



Cukuplah hanya sepuluh ciri lelaki idamanku. Jodoh itu rahsia Allah. Andai tertulis di lut mahfuz dia jodohku, ana terima seadanya.

Saturday 6 October 2012

Someone like you

Hello,hello,hello..Kopi ke milo?.Assalamualaikum.Topik hot kali ini tentang frust.Aha..Apa itu frust?Jom kita terjah maksud di sebalik frust atau dimelayukan sebagai kecewa.Dalam erti kata lain kecewa ini bermaksud putus asa,sedih,putus harapan and so on.

Memandangkan banyak sangat kawan-kawan aku yang tengah frust menonggeng tu jadi terasa pulak nak update tentang topik ni.



First,kita bincangkan macam mana seorang lelaki nak mengetahui bahawa seorang perempuan itu menaruh hati padanya.Aku bagi contoh di muka buku je la ek.Sebab dia lagi mudah untuk korang paham.

Korang=lelaki
Kitorang=perempuan



1.Add friends
Bila kitorang ni dah mula minat korang kitorang akan sedaya upaya ambik tahu everything tentang korang.Lepas kitorang dah tahu serba sedikit pasal korang senang sikit keja kitorang ni.0nline FB and trus cari korang punya akaun.Sebenarnya kitorang bukan nak sangat add korang tapi memandangkan korang buat derk je jadi kitorang pon add la.

2.Like status
Even korang punya status ntah pape pon kitaorang sanggup like.Contoh:"aku cirit birit hari ni".Kitorang still Like jugak sebabnya nak korang sedar yang kitorang ni sentiasa wujud dekat FB tu.Euwww..selekeh betul.

3.Comment
Kitorang akan komen-komen di satatus korang tu pon untuk tujuan yang sama jugak.Nak korang tahu yang kitorang sentiasa follow ape yang korang buat.Korang boleh buat tak tahu pulak.Belagak macho bagai.

Nampak bukan macam mana seorang tu suka atau ada hati dekat kita.Sekarang kita cerita macam mana korang patahkan hati perempuan secara senyap-senyap plak



1. Status
Korang tipu yang korang single padahal awek dah pon ada.Tipu la kalau korang cakap korang tak pernah stalker wall FB minah-minah yang korang minat kan?Kitorang tengok korang tak ada apa-apa hubungan tapi alih-alih bila tengak dekat wall,mak ai punyalah banyak status and tag-tag sweet gitu.Adoi.Sakit pulak hati kita ni haa..

2.Chat box
Amboi,di chat box bukan main mengaku single semua.Sweet talker plak korang kan.Bila tanya pasal awek dan-dan cakap singel,baru putus,tak berminat nak bercinta semua.Tapi alih-alih bila kitorang dah menaruh harapan korang pulak cakap yang korang tak bersedia padahal hari tu mati-mati mengaku tak ada pape hubungan serious.Ni yang cheq tak suka ni.


Hahaha..sampai situ jelah ok.Malas nak senaraikan banyak-banyak nanti pening pulak korang baca.The conclusion is,tak perlulah rasanya kita mencari cinta sebab cinta itu yang akan datang cari kita bila tiba masanya nanti.Haaaa..Bagi yang dah bersedia untuk mendirikan masjid dan masih belum bertemu jodoh anda haruslah berusaha mencari jodoh itu ok.Bagi mereka-mereka yang masih beringus macam aku ni fokus dulu lah pada stdy.Boleh?Yeahhh..pasti boleh,Malaysia boleh!