Saturday 13 October 2012

Transformation not Transformers


Assalamualaikum..
Fuhhhh..selepas selesai semua assigment,quiz and final exam rasa ringan sikit kepala ni.Ok, entry untuk kali ini berkaitan diri ana. The title is perubahan, atau dengan nama lain hijrah,atau panggilan orang putih iaitu "transformation".
Apa itu perubahan, hijrah dan juga tranformation?Ok sekarang ana cerita difinisinya dulu ok. For my opinion perubahan ini adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh diri kita untuk menjadi lebih baik.
Alhamdulillah..Sekarang ana dalam proses untuk ke jalan itu. Masih banyak yang ana harus lalui. Setiap hari ada sahaja halangan yang mendatang. Memang sukar untuk kita lakukan kebaikan tapi kalau nak buat jahat sangat lah mudah.
Selepas berubah ana dapat rasakan bertapa bestnya hidup ni. Tenang dari sebelumnya. Tapi hidup ni tak selalunya indah. Boleh dikatakn hampir setiap hari ada saja yang mempersoalkan kenapa ana perlu berubah?kenapa ana perlu pakai macam ni? kenapa tak boleh jadi macam dulu?.
Tipu kalau ana katakan yang ana dah tak berminat nak berfesyen macam dulu. I'm still young ok.Hahaha... Islam itu syumul. Sedikit pon tak menghalang kita untuk berfesyen asalkan kita tahu sesuaikan dan masih menepati hukum-hukum syarak.

Biar tak cantik dimata manusia asal cantik dimata Allah. Kita tak perlukan penilaian manusia, apa yang kita perlukan pernilaian Allah, Tuhan yang menciptakan kita

Sebelum kita ajukan soalan itu kepada orang lain cuba kita tanya diri kita sendiri, perlu sebab ke untuk seseorang itu berubah? Dan akhirnya kita akan dapat jawapannya. And the answer in no!
Hidup kita tak tahu berapa lama. Mati kita tak tahu bila masanya. Sempatkah kita untuk sediakan diri sepenuhnya sebelum berjumpa Allah? Tepuk dada tanya iman.

Terkadang rasa ralat juga nak teruskan apa yang aku hajatkan. Tapi Alhamdulillah ada ramai yang memberi sokongan. Love you all. Maklumlah bila kita baru nak berhijrah ni kita menjadi tumpuan orang di sekeliling kita. Tak boleh silap sikit. Kerja mencari salah kita.

Pedulikan kata mereka. Butakan mata pekakkan telinga. Yang penting Allah tahu ape yang kita lakukan.
Sesiapa yang baru nak berhijarah teruskan usaha anda. Sama-sama kita menuju syurga Allah. Ingat, dalaman akan di zahirkan melalui apa yang kita pakai. ^_^


No comments:

Post a Comment