Thursday 27 March 2014

KUSZA bumi tarbiyah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi. Dengan segala kurniaan dariNya, akhirnya tanggal 19 mac 2014 ana tamat pengajian. Terlalu banyak kisah yang tersimpan hampir tiga tahun ana bergelar pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin. Sukar untuk dihuraikan satu persatu. Moment indah terlalu banyak tak terkira dek akal.

Kadang kala apa yang terjadi tak seperti yang dirancang. Tapi, tak mengapa semua itu satu kenangan yang tak mungkin ana dapat cipta kembali walaupun diberi seribu tahun lamanya.

Dari situ ana belajar how to be independent senang cakap berdiri atas kaki sendiri. Sudah terbiasa duduk dibawah ketiak mak abah so sekarang tibalah masa untuk do everything by my own. Di sana
ana belajar menjadi khalifah kepada makhluk lain dan menjadi hamba padaNya.

Islam terlalu indah bagi ana .Apabila ana mengenali Islam makin ana cinta. Semakin ana belajar tentang agama semakin ana rasa ana bodoh. Kerana terlalu banyak yang ana tidak tahu. Ya Allah..kerdilnya hambaMu ini. Hidup hanya mahukan kehidupan tapi tidak tahu tujuan hidup sebenar.

Ingin sekali hati ku kembali ke sana. Hidup sebagai seorang mahasiswa. Jalani hidup sebagai seorang hamba Allah yang dikelilingi oleh insan-insan yang sangat baik. Persekitaran yang sangat membantu ana untuk lebih mengenali Islam iaitu agama kita sendiri.

Sungguh,aku rindu akan suasana disana. :(



No comments:

Post a Comment