Monday 8 December 2014

My big day! Alhamdulillah

Ni gambar Pre-Convo bukan gambar convo. Dari kanan, Liyana, Hazwani, Najahah,Syima,dan saya si Sepet, hujung sekali Fasihah. KAMI GBS, GIRLS BERSAMA SELAMANYA. Insha'Allah


Alhamdulillah, akhirnya setelah penat berjuang selama tiga tahu hari ini, 08 Disember 2014 Im officially graduated as a student University Sultan Zainal Abidin (Kusza). Tiga tahun adalah satu jangka masa yang agak lama jugak. Disinilah segala kenangan tercipta dan disini juga lahirnya sebuah cinta. Cinta kepada siapa? Cinta kepada Allah SWT. 

Disinilah diri ini kenal apa itu tarbiah. Kerana diri ini acapkali ditarbiah olehNya. Bersyukur sangat, kerana tanpa tarbiah dariNya tak mungkin diri ini sampai ke tahap ini. Terengganu bumi tarbiah sukar untuk diri ini berpisah dengan suasananya. Disini juga diri ini berkali-kali rebah tapi dengan adanya sahabat-sahabat yang mendorong ku cinta kepadaNya, ku gagahi jua untuk bangkit. 

Allah titipkan insan-insan istemewa buat ku semasa disini. Jangan mengajak ku dekat kepadaNya. Alhamdulillah, sukar sebenarnya nak diucap dengan kata-kata hanya mampu tersenyum akan nikmatNya.

Manis sungguh kenangan disini, semanis gula-gula kapas yang cair dibibir. Terima kasih kepada kedua orang tua ku yang selama ini menjadi tulang belakang anakmu yang degil ini. Tak lupa juga buat semua tenaga pengajar yang membantu dari proses penerimaan ilmu dan sahabat-sahabat yang sering ada kala ku jatuh.

Next step, sambung untuk empat tahun lagi. Still di bumi Kusza. Kerana apa aku masih disini? Kerana disini tempat ku di tarbiah olehNya. Semoga perjalanan ku kali ini mendapat redhaNya. Amin ya Rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment