Tuesday 16 December 2014

Jom Cari C i n t a N ya!



Bismillahirahmanirahim. Bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan olehNya. Hari ini adalah hari dimana hati ini berbunga riang. Segala doa ini dimakbulkanNya. Betul apa yang dikata sahabat,

"Doa kita akan dimakbulkan Allah cuma cepat atau lambat je, ataupun Allah akan gantikan dengan  yang lebih baik."

Ya, ku percaya itu. Kadangkala Allah hold dulu doa kita sebab Allah tunggu masa yang sesuai. Dan boleh jadi Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik that mean unexpected will be happend.

Alhamdulillah hari ini hari bahagia buat diri ini. Apabila leka didepan laptop dapa satu Whatsapp dari akak. Ya, macam biasa bila perempuan berjumpa tak kiralah face-to-face atau dalam alam maya, banyak topik yang dibualkan.

 Selepas penat bercerita soal cuti dan sebagainya topik kami bertukar kepada isu HIJAB. Hmm, agak memeranjatkan juga bila keluar topik hijab. Apatah lagi bila akak bercakap tentang tudung labuh. Hati ini hanya Allah yang tahu. Rasa seakan ada ledakan yang kuat. Sementara menunggu text seterusnya dari akak, diri ini makin tak tentu arah. Nak baring tak kena nak tidur lagilah tak kena. Ok, relax brader, brader relax. Tarik nafas dalam-dalam then hembus semahunya. Roomate dah pandang semacam sambil angkat kening. Hehe.

Terus fokus menatap skrin hp. Akak masih typing tu. Tiba-tiba dapat text dari akak. "Kak nak jadi macam yank". Allah, rasa nak luruh jantung ni. Alhamdulillah, Allah dengar doa hambaNya ini. Rasa nak menangis sebab terlalu gembira. Semoga akak kuat untuk hadapi ini. Nak berhijar bukan mudah. Banyak langau terbang kiri kanan. Bikin pusing.. Tak mengapa, pekakkan telinga butakan mata dengan segala kutukan mahupun ejekan.

Next step, sama-sama berpimpin tangan mencari cintaNya. Moga akak diberi kekuatan. Insha'Allah. Diri ini tidak sebaik mana untuk dijadikan contoh. Semua yang terlihat indah pada diri ini itu semua kerana DIA. DIA yang Maha Kuasa yang menjadikan langit dan bumi.

No comments:

Post a Comment