Thursday 17 July 2014

10 malam terakhir Ramadhan

Alhamdulillah kita selamat tiba di malam ke-10 Ramadhan. Sudah cukap ibadah kita sepanjang Ramadhan? Sudah cukup bertaqwakah kita di hari-hari sebelum ini? Jangan bersedih, masih ada lagi saki-baki Ramadhan yang tinggal.
Kejarlah peluang yang ada di depan mata kita. Grab selagi mampu. Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.
Kita dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari).
Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

No comments:

Post a Comment