Tuesday 24 July 2012

Dimanakah Tuhanmu?

 

Gambar Contoh
Assalamualaikum..Salam ramadhan semua..Hari ini aku nak kongsikan sikit cerita..Cerita ni aku dengar dari seorang ustaz la..Ustaz ni cerita kan pada kawan aku so kawan aku cerita kan pada aku..


Ni kisah benar tau,kisah tentang seorang angkasawan luar negara..Aku dah lupa la sape nama dia..Dia white people so maknanye beragama kristian la kan..


Dia naik ke bulan..Ala macam Syed Muzafar jugak la..Dan selepas dia balik ke bumi dia jumpa dengan seorang ustaz ni..Ustaz ni kira yang alim dah berpengatahuan tinggi tentang Ilmu Agama la.


Dia jumpa dan dia pon tanye ''Siapa tuhan kamu,saya tak tahu siapa tuhan kamu..saya naik sampai ke bulan tapi masih tak jumpa..Di mana tuhan kamu sebenarnya?''..Soalan ni diaju kan kepada ustaz tadi..So dengan slumber ustaz tu menjawab "Kalau kamu nak jumpa tuhan saya,semasa kamu naik ke bulan cuba kamu bukak topi kamu tu(topi angkasawan)..Lepas tu kamu akan jumpa dengan tuhan kami."


Jawapan tersebut membuatkan angkasawan tadi tu terdiam,mungkin dia xpaham dengan ape yang di maksudkan oleh ustaz tadi tu..Dan mungkin jugak dia tengah berfikir..


Bagi aku ianya agak kelakar..tapi ade betulnya jugak dengan ape yang ustaz tu katakan..susah kita nak jelaskan dimana Tuhan kita kepada orang beragama lain..


Kalau kita di tempat ustaz tadi pon mungkin kita akan terdiam..Dan xtahu nak bagi jawapan ape..Kesimpulannya,kita perlukan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan terutama sekali berkaitan dengan agama..

#Dialog tadi bukan dialog asal..dilog yg di reka semula..tetapi lebih kurang la :D

No comments:

Post a Comment