Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.Insya'Allah
Sahabat,persahabatan
yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua
benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh
kedua-dua pihak..Insya'Allah
Sahabat,Bersahabatlah
ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan
KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan
berdaunkan KASIH SAYANG.
Sahabat,Mengenalimu
satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu
akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita
berpanjangan.
Sahabat,Persahabatan
itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika
mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali
benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.
Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.
Sahabat,Apabila
engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia
supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan
rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan
rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.
Sahabat,Terlalu
sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan
pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.
Sahabat,Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan..
Sahabat,jika
kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkoraban demi sahabat kamu
itu.jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk
mengalah demi persahabatan kalian.
Sahabat,Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu.
Sahabat,Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu
kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya
No comments:
Post a Comment