Seorang akhi menghantar SMS berisikan 'Tazkirah of the day' kepada seorang ukhti dan tersenyum-senyum mereka berdua dalam cinta jarak jauh yang dipisahkan oleh syariat.
Sesekali SMS atau misscall ditujukan pada awal pagi sekitar jam 4.30 pagi, ia bertujuan memberi 'friendly reminder' agar si ukhti bagun dari tidur yang lena, membasahkan wajah dengan wuduk dan membawa muka itu sujud menghadap Ilahi. Ketika itu, dunia sedang alpa dalam mimpi dan tidur yang lena.
Bukankah indah bila kita bercinta dengan cara bergini. Tidak perlulah keluar bersama,habiskan masa bersama tapi cukup sekadar saling ingat-memperingati tentang Allah kan lagi indah.
Sebelum kita mencintai seseorang kan lebih elok kita mencintai pencipta kita iaitu Allah SWT. Sesungguhnya apabila kita mencintai Allah insyallah,Allah akan menjaga cinta kita dengan sesama manusia.
Cinta itu sememangnya suci, jadi kita sebagai masyarakat yang beragama Islam seharusnya menjaga cinta itu. Jangan sesekali mencemari cinta itu. Sesungguhnya perasaan cinta terhadap sesama manusia adalah kurniaan Allah SWT.
Cinta antara berlainan jantina adalah fitrah. Jadi pelihara la cinta itu kerana cinta itu sangat suci dan kurniaan Ilahi jangan sesekali mengikutkan hawa nafsu.
Ana rasa terpanggil untuk mengupdate soal CINTA. Sesuai dengan usia ana yang baru meningkat dewasa. Tujuan ana adalah menseriuskan topik CINTA. Perjuangan ana adalah membuktikan bahawa CINTA merupakan terjemahan akidah,pandangan hidup dan sistem nilai seseorang.
No comments:
Post a Comment