Tuesday, 11 September 2012

Ustaz & Ustazah moden part 2

Sambungan pada entry yang lepas tentang haramnya arak.Kali ni nak cerita tentang haramnya khinzir atau nama lain yang di gunakan oleh kawan-kawan aku iaitu kerbau pendek..hahah..Agak kelakar di situ.

Situasi 2:

Berlaku di pendalaman Sabah, seorang ustazah yang dihantar bertugas di sebuah kampung. Seperti ape yang kita sedia maklum kebanyakan kampung-kampung di kawasan pendalaman Sabah kebanyakakan penghuninya pelihara khinzir. Ada satu hari ustazah tersebut kuar bersiar-siar di kawasan tempat penginapannya. Tiba-tiba beliau ternampak seekor khinzir berada di halaman rumah jirannya. Dan beliau berasa bergitu cemas. Al maklum la kalau kita di tempat berliau pon kita pasti cemas bukan?hahaha. Lalu jiran beliau menyapa.


Jiran:Hai ustazah, kenapa kamu nampak cemas sahaja?
Ustazah:Saya takaut sebab depan rumah kamu ada khinzir, kamu pelihara ke?
Jiran:Ya, saya yang pelihara. (dengan muka tak bersalah)
Ustazah:Kita sebagai seorang islam tak dibenarkan pelihara khizir, haram hukumnya.
Jiran:ohh..ya ka? tak mengapa, saya janji tak akan pelihara lagi.

Mereka selesaikan perbualan bergitu sahaja. Ustazah pon pulang ke rumah memandangkan hari dah lewat petang. Keesokan harinya ustazah lalu lagi di hadapan rumah jirannya tadi,alangkah terkejut apabila khinzir yang selalu berada di hadapan rumah jirannya kini seekor pon sudah tidak kelihatan. Lalu ustazah pun tersenyum gembira. Beliau berbual dengan jirannya dan bertanyakan tentang khinzir tadi.


Ustazah:Kemana semua khinzir yang kamu pelihara? Selalunya ade je dekat depan rumah ni. Hari ini  seekor pon saya tak nampak.
Jiran:Kan ustazah cakap haram orang islam pelihara khinzir jadi saya gulaikan semuanya.

Apabila dengar sahaja jawapan dari jirannya beliau terus kaku. Mulanya rasa bahagia tiba-tiba bertukar menjadi blur.

#Kesimpulanya tetap sama, penerangan tentang haram dan halal dalam Islam haruslah disampaikan secara jelas dan dapat difahami oleh orang yang kita ingin sampaikan.

Cerita ini hanya rekaan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa.:)

Sunday, 9 September 2012

Ustaz & Ustazah Moden part 1

Assalamualikum.. Terkejut tak dengan tajuk entry kali ini? Hahaha..semua mesti terkejut dengan entry yang ana nak kemukakan kali ini. Ini agak hot topic jugak.

Dua tiga hari lepas ana dengar tentang isu ni di masjid. Memang ia menarik minat ana untuk berkongsi di blog ana ini. Ini tentang halal dan haram.

Situasi pertama:

Berlaku dipekarangan sekolah rendah. Ini mengisahkan seorang ustaz di sekolah berkenaan. Pada suatu hari ustad tersebut menerangkan tentang isu haramnya arak dan sebab di haramkan arak ke atas umat Islam.

Pelajar:Ustaz kenapa arak ni ustaz cakap bahaya walhal ia hanyala minuman?
Ustaz:Kalau nak tahu kenapa jom kita pakat p lab kita buat ujikaji ok.

Semua pelajar pergi ke lab. Ustaz tersebut menyediakan dua tabung ujikaji. Tabung A dan Tabung B. Kedua-dua tabung tersebut dimasukan seekor cacing, tetapi tabung A di masukkan air mineral biasa dan tabung B ustaz tersebut masukan arak yang dikatakn bahaya tadi.Beberapa minit kemudian cacing yang berrada di dalam tabung A didapati mati.

Ustaz:Tengok, kan cacing tu dah mati sebab tulah ustaz habaq kat hangpa yang arak tu bahaya.
Pelajar:A'a..cacing tu mati la..

Tak lama kemudian kedegaran loceng berbunyi itu tandanya sesi pembelajaran dah tamat. Semua pelajar dah kemas barang dan kelas bersambung pada minggu hadapan.

Ustaz:Ok kelas kita dah habis. Kita jumpa lagi minggu hadapan.

Apa yang mengejutkan, apabila ibu bapa pelajar-pelajar tadi datang ke sekolah dan membuat aduan bahawa anak-anak mereka membawa balik arak ke rumah. Apabila di tanya mereka mengatakan bahawa ustaz di sekolah memberi tahu bahawa arak dapat membunuh cacing. Di sebabkan itulah pelajar-pelajar membeli arak sebab nak bunuh cacing yang berada di dalam perut mereka.

#Kesimpulannya disini. Kita tidak perlu melakukan sebarang eksperimen untuk menerangkan tentang halal haram sesuatu perkara atau perbuatan tersebut cukup sekadar kita terang secara jelas dan ianya dapat difahami oleh orang lain.

Skrip dan cerita ini hanyalah rekaan cuma untuk dijadikan iktibar kepada kita. Maap kalau ada salah silap pada entry ini.

Saturday, 8 September 2012

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Selamat hari raya maaf zahir dan batin..Rindu rasanya nak update blog ni. Maklumlah lama  rasanya tak update ape-ape entry. Now I came back!! huhuhu

Before raya memang ana busy gila dengan preparation for test and midterm bagai, so tak da masa nak online semua ni. Nak kata always study pon tak jugak tapi masa untuk update blog memang tak da.

Banyak benda sebenarnya nak dikongsikan bersama ni, rasa macam gila tak sabar nak update entry-entry yang hot~

Before raya aku kemalangan so tak dapat la nak update entry tentang RAYA. Hahahaa..Raya pon kat atas katil je. Tapi yang penting duit raya still masuk.huhu..untungla kan~Jangan nak jealous ok!

Sekarang nak bercerita tentang apa yang berlaku pada ana semasa ana kemalangan tu. Memang ana tak sangka ana boleh terlibat dalam kemalangan tu. Dahla two days before raya, memang sedihla nak habaq hang..hahaha..

Ana xdapat jalan so masa the first night lepas balik dari hospital tu ana memenang nak tido pon tak boleh kaki ni asyik sakit je. Mujurlah ada ibuku tercinta yang sentiasa dengan ana.

Ya Allah ana bersyukur sangat, sebab Allah masih bagi peluang untuk ana hidup. Ana ingatkan masa ana xcident tu ana dah memang  past away la.Memang benda tu jadi pantas sangat. Ana kira bertuahla sebab masih diberi peluang untuk hidup kat dunia ni.

Ana belajar banyak perkara dengan apa yang dah jadi ni, ana asyik fikir, kalau la Allah ambik nyawa ana masa tu ana tak dapat nak banyangkan.

Ambik masa jugak untuk aku lupakan apa yang berlaku. Ana bermonolog sendiri:

Ya Allah aku belum sempat membalas cintaMu.
Ya Allah,belum cukup amal ibadatku padaMu,
Ya Allah,belum puas aku menatap kekasihku(mak,abah,kawan-kawan dan saudaraku)
Ya Allah,belum sempatku membalas jasa kedua ibu bapaku.
Ya Allah,aku belum bersedia untuk menemuiMu.
Adakah cukup pahalaku untuk ke syurgaMu?
.....
....ect

Of courselah bila dah jadi macam tu persoalan-persoalan macam ni la yang bermain kat kepala kita kan?

Selepas seminggu beraya di kampung, ana pulang ke Universiti. Memang berat jugak abah dengan mak nak lepaskan ana maklum la kaki belum baik sepenuhnya. Tapi ana tak da pilihan lain memandangkan final exam dah dekat so ana terpaksa pulang jugak .

Sangat mencabar jugak hidup seorang orang istimewa @ OKU ni .Ana ke kelas seperti biasa tetapi memandangkan kaki ni belum baik sepenuhnya jadi terpaksalah bertongkat. Kelas ana hampir dengan hostel ana jadi mudahlah ana nak ulang alik, cuma yang jadi masalahnya bila kelas ana di aras tiga jadi terpaksa minta pertolongan rakan-rakan. Alhamdulillah ana menpunyai sahabat yang baik :).

Sepanjang ana sakit, ana baru sedar bertapa pentingnya sifat bersyukur itu. Ye la, mana tak pentingnya, bila kaki dah sakit susah pulak nak bergerak kesana kemari. Dan dari situ aku belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Ana rasa pelik bila tengok orang kurang upaya ni. Bila kita nak tolong mesti diorang macam tak nak terima pertolongan kita. Sekarang baru ana tahu kenapa, masa ana sakit hari tu pun ana tak suka kawan-kawan nak tolong bawakan bag atau buku ana sebab ana rasa rendah diri semua. Jadi no wonder la orang-orang kurang upaya ni tak berapa suka kita tolong diorang sebab diorang rasa diorang dah menyusahkan orang lain as long as diorang dapat buat sendiri diorang akan buat tanpa pertolongan orang lain. So jangan bila kita judge diorang ni sombong plak.

Lastly, ana nak ingatkan diri ana dan rakan yang membaca entry ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan. :)

Tuesday, 7 August 2012

Perlu Ke Up To Date?? Up To Mu La~

Yahoo.Hari ini nak bercalote bab fesyen. Fuhhh, gaya cakap kalah fesyen designer pulak aku rasa.Kita boleh ke nak berfesyen?

Hohoho..Boleh je kalau nak berfesyen. Tak salah pon nak berfesyen ke up to date ke asalkan pandai dan bijak dalam menentukan apa yang haram ape yang halal .Pakaian pon ada halal dan haramnya macam makanan jugak la.

Macam kita tengok sekarang baanyak baju-baju yang direka agak pelik. Dan yang pelik itulah yang membuatkan kita rasa tertarik nak pakai dan gayakan. Betul tak?Hahaha..Mesti betulkan?Sebab ana pon minat jugak sesuatu yang unik ni.

Sekarang fesyen yang tengah hot ala-ala modern flash back. Tak salah nak pakai apa pon tapi kalau nak pakai kenalah cari yang menepati cara pemakaian menurut syarak.


DUA SYARAT UTAMA BAGI MENUTUP AURAT DENGAN BAIK:
  • Pakaian tersebut tidak menampakkan bentuk badan si pemakai.
  • Pakaian tersebut tidak menampakkan ciri-ciri tubuh si pemakai, seperti warna kulitnya.
Inilah dua syarat penting dalam soal pakaian. Selain itu, ada yang meletakkan syarat agar ia tidak menyerupai pakaian agama lain.

SYARAT PEMAKAIAN ISLAM
  • Syarat yang pertama menjadikan fesyen pakaian hari ini yang ketat sebagai pakaian yang tidak menurut syarak. Ada wanita Muslimah memakai pakaian ketat dan kecil yang disebut sebagai baby size. Entah betul, entah tidak. Apa nama saiznya sekali pun, apabila pakaian tersebut ketat, ia belum lagi menutup aurat dengan baik.
  • Syarat yang kedua menjadikan pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit, pakaian dalam dan sebagainya tidak selari dengan syarak. Ramai yang memakai baju kurung tetapi kainnya masih amat nipis.

Tudung pulak sekarang dah jadi satu fesyen dan trend bukan bertujuan menutup aurat. Pakai tudung itu tak wajid tetapi menutup aurat itu yang wajid. Sekarang tudung yang glamour tudung bawal. Memang cantik aku pon suka sangat sebab nampak ringkas. Tetapi ia agak jarang, jadi kalu nak pakai kenalah pkai iner neck so baru tak nampak leher kita tu kan. Agak panas jugak, masa mula ana pakai pon rasa macam rimas tapi sekarang rasa selesa.

Sekarang ni ana tengok banyak baju-baju macam dress kat pasaran kita. Memang baju tu labuh cuma ikut badan. Kalau nak pakai boleh tiada halangan cuma carilah yang agak longgar sedikit, barulah selesa kita pakai betul tak? Nak pakai kebaya tak salah tapi carilah yang longgar sedikit. Islam itu SYUMUL.

Seluar pulak, boleh kalau kita nak pakai, ye la tak kan nak 24jam kita asyik berbaju kurung je kan. Cuma carilah yang longgar sedikit baru selesa pergerakan kita.

Tak kisah ape yang kita nak pakai asalkan kita letak agama di depan InsyAllah semuanya akan menjadi baik di mata semua orang dan Allah swt. Aku pun suka berfesyen ni. Tapi sekarang aku nak fesyen aku seiring dengan tuntutan agama kita barulah hidup ni aman. Betul tak?

#Sebaik-baik pakaian ialah pakaian yang boleh dipakai ketika solat.

Sunday, 5 August 2012

Tarawih oh tarawih



Assalamualaikum..Topik hari ini berkaitan tarawih..Kebetulan sekarang kita berada di bulan Ramadhan.Tarawih ini antara isu hangat yang diperkatakan semasa bulan Ramadhan.

Ramai antara kita yang melepaskan peluang untuk solat bertarawih kerana sebab-sebab yang tidak munasabah.Ada suri-suri rumah menjadikan anak kecil sebagai satu tiket untuk ponteng tarawih.Sememangnya tarawih adalah hanya solat sunat tetapi ramadhankan hanya sekali setahun jadi kita kenalah berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala itu.

Student-student pulak menjadikan alasan ulangkaji sebagai satu sebab mereka terpaksa meninggalkan solat tarawih tersebut.Ya...Memang betul,belajar dan tarawih kedua-duannya di kira ibadah tapi tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan jadi tak ke rugi kalau kita tinggalkannya dan melepaskan pahala begitu je??

Sekarang ana nak share sikit kelebihan-kelebihan solat tarawih mulai malam pertama hingga ke malam 30:

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

 25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Ok..sekarang kita boleh nampak bertapa hebatnya solat tarawih bukan?Rugi bagi sesiapa yang meninggalkan tarawih tanpa sebab-sebab yang munasabah.Selagi nafas tidak terhenti,selagi jantung masih berdegup apa salahnya kalau kita kumpul pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan kita di akhirat nanti.
Selamat beramal :)

Saturday, 4 August 2012

Bongkak a.k.a ujub


Hari ni memang tergerak kat hati ana nak update tentang bongkak ni. Masalah bongkak (ujub) dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin hari dilihat kian membarah. Mereka ini berduyun-duyun menyambung pelajaran  dengan keinginan yang dilihat bersungguh-sungguh namun apa yang terselit di hati mereka hanyalah menuntut ilmu dengan niat untuk meninggi  diri dan menunjukkan pada khalayak bawa dialah manusia yang paling pandai atas muka bumi Allah Azzawajalla ini.  

Allah. Inilah manusia. Belajar tanpa keikhlasan.  Dikatakan bahawa semakin tinggi kita menuntut ilmu ini maka kita semakin menghampiri maha pencipta dan menyatakan keesaan kepada Allah azzawajalla yang tiada tandingnya. Namun manusia hari ini tidak pernah sedar bahawa ilmu yang ada atau dimiliki oleh mereka hanyalah pinjaman semata. Apabila matinya anak Adam maka putuslah segala pertalian si mati dengan hubungan di dunia ini kecuali sedekah/amal jariah yang ditinggalkan, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat.  

Maka,jika hari ini kita ada ilmu yang tinggi tanpa menyebarkan kepada orang lain atau hanyalah sekadar membongkak diri dengan ilmu yang ada maka kita seperti mati kering kerana ilmu yang kita miliki tidak pula kita sebarkan. Dan apa yang paling pasti, kita kena ingat bahawa ilmu yang kita sebarkan itu bagaimana tarafnya? Ikhlas atau tidak? Jika ilmu yang di sampaikan itu adalah ikhlas dan bermanfaat, maka kita akan setiap masa menerima bonus yang berpanjangan kerana ilmu yang kita berikan itu diamalkan. 

Dan begitulah sebaliknya.  Kemanisan ilmu itu juga dilihat pada amalannya. Kita ada ilmu maka kita beramal dengan ilmu yang kita ada. Dek kerana tidak jujur serta tiada keikhlasan dalam menuntut ilmu maka apa yang kita ada itu hanyalah sekadar di bibir sahaja.  Ada orang kata ‘ oh profesor tu ilmu nya hanya sekadar apa yang ada di dalam tesis tulisannya sahaja’.  Ujar seorang sahabat. Nilaikanlah. Profesor? Cuba lihat kamus dewan? Apa makna profesor?  Hehe inilah akibat kalau ilmu yang kita ada tidak kita amalkan sepenuhnya. 

Rumusannya, ilmu itu haruslah disusuli dengan amalan kerana ilmu adalah iman dan amal adalah makmum. Apabila iman yang ada dalam diri kukuh, maka makmum yang berdiri di belakang pun yakin dengan iman yang kita peroleh.

Ana tinggalkan kata-kata ilmuan ini buat tatapan nukilan hari ini. Allah. Siapalah kita yang mempunyai ilmu yang sedikit ini di sisi Allah Azzawajalla…

Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya, Tafsir Fiqh As-Suluq fi Dhau Al-Quran wa As-Sunnah menulis :
"Sesungguhnya musibah terburuk yang menimpa kehidupan dan menerpa umat manusia adalah orang alim yang perkataannya bertentangan dengan perbuatannya dan perbuatannya mendustakan perkataannya . Orang alim seperti ini adalah bencana untuk hamba Allah dan tindakannya itu adalah tindakan yang diperingatkan Al-Quran kepada orang beriman.

#Hanya peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan pembaca.Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Ana tidak mahu jadi orang yang sombong dan membongkak diri dengan ilmu senipis kulit bawang yang aku ada. Siapalah kita? Maka usahlah membongkak diri dengan ilmu senipis kulit bawang. Jangan terlalu meninggi diri dengan ilmu yang kita ada dan jangan juga memandang rendah kepada orang lain,barangkali hatinya lebih suci dari kita.Jom kita kongsi ilmu! Ini yang lebih aula! :)

Wednesday, 1 August 2012

Hatiku dan hati kamu,kamu dan kamu



Bercakap tentang hati susah nak kita terangkn secara spesifik.Hati merupakan salah satu organ dalaman kita yang sangat berharga.Kerana adanya hati kita mempunyai rasa sayang akan seseorang dan pelbagai rasa la.

Jadi ana nak kongsikan sikit soal hati. Hati merupakan kurnian dari Ilahi. Kita sebagai pemilik hati tersebut kenalah menjaganya sebaik mungkin. Jangan sampai hati kita lalai dan leka dengan perkara dunia semata-mata.

Makanan juga boleh membuatkan hati kita menjadi kotor. Justeru itu, Islam sangat menitib beratkan tentang pemakanan. Makanan yang ana maksudkan bukanlah dari aspek jenis makanan atau sebaliknya tapi dari aspek sumber makanan itu.

Makan yang elok datangnya dari sumber yang halal. Makanan yang dimakan haruslah dibuat dari sumber atau bahan-bahan yang di yakini halal. Maklumlah sekarang pelbagai jenis makanan yang terdapat di pasaran. Ana sendiri keliru nak pilih yang mana.

Makanan jugak perlulah di beli dari sumber pendapatan yang halal. Kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita sendiri. Apabila hati kotor maka segala perbuatan kita akan menjurus kearah yang negetif.

_________________________________________________________________________________


Secara dasarnya semua makanan adalah halal, melainkan yang telah dijelaskan melalui nash/dalil bahawa makanan tersebut haram. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik...” (Surah al-Baqarah, 2: 168)

Thank for reading~