Saturday, 8 September 2012

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Selamat hari raya maaf zahir dan batin..Rindu rasanya nak update blog ni. Maklumlah lama  rasanya tak update ape-ape entry. Now I came back!! huhuhu

Before raya memang ana busy gila dengan preparation for test and midterm bagai, so tak da masa nak online semua ni. Nak kata always study pon tak jugak tapi masa untuk update blog memang tak da.

Banyak benda sebenarnya nak dikongsikan bersama ni, rasa macam gila tak sabar nak update entry-entry yang hot~

Before raya aku kemalangan so tak dapat la nak update entry tentang RAYA. Hahahaa..Raya pon kat atas katil je. Tapi yang penting duit raya still masuk.huhu..untungla kan~Jangan nak jealous ok!

Sekarang nak bercerita tentang apa yang berlaku pada ana semasa ana kemalangan tu. Memang ana tak sangka ana boleh terlibat dalam kemalangan tu. Dahla two days before raya, memang sedihla nak habaq hang..hahaha..

Ana xdapat jalan so masa the first night lepas balik dari hospital tu ana memenang nak tido pon tak boleh kaki ni asyik sakit je. Mujurlah ada ibuku tercinta yang sentiasa dengan ana.

Ya Allah ana bersyukur sangat, sebab Allah masih bagi peluang untuk ana hidup. Ana ingatkan masa ana xcident tu ana dah memang  past away la.Memang benda tu jadi pantas sangat. Ana kira bertuahla sebab masih diberi peluang untuk hidup kat dunia ni.

Ana belajar banyak perkara dengan apa yang dah jadi ni, ana asyik fikir, kalau la Allah ambik nyawa ana masa tu ana tak dapat nak banyangkan.

Ambik masa jugak untuk aku lupakan apa yang berlaku. Ana bermonolog sendiri:

Ya Allah aku belum sempat membalas cintaMu.
Ya Allah,belum cukup amal ibadatku padaMu,
Ya Allah,belum puas aku menatap kekasihku(mak,abah,kawan-kawan dan saudaraku)
Ya Allah,belum sempatku membalas jasa kedua ibu bapaku.
Ya Allah,aku belum bersedia untuk menemuiMu.
Adakah cukup pahalaku untuk ke syurgaMu?
.....
....ect

Of courselah bila dah jadi macam tu persoalan-persoalan macam ni la yang bermain kat kepala kita kan?

Selepas seminggu beraya di kampung, ana pulang ke Universiti. Memang berat jugak abah dengan mak nak lepaskan ana maklum la kaki belum baik sepenuhnya. Tapi ana tak da pilihan lain memandangkan final exam dah dekat so ana terpaksa pulang jugak .

Sangat mencabar jugak hidup seorang orang istimewa @ OKU ni .Ana ke kelas seperti biasa tetapi memandangkan kaki ni belum baik sepenuhnya jadi terpaksalah bertongkat. Kelas ana hampir dengan hostel ana jadi mudahlah ana nak ulang alik, cuma yang jadi masalahnya bila kelas ana di aras tiga jadi terpaksa minta pertolongan rakan-rakan. Alhamdulillah ana menpunyai sahabat yang baik :).

Sepanjang ana sakit, ana baru sedar bertapa pentingnya sifat bersyukur itu. Ye la, mana tak pentingnya, bila kaki dah sakit susah pulak nak bergerak kesana kemari. Dan dari situ aku belajar untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Ana rasa pelik bila tengok orang kurang upaya ni. Bila kita nak tolong mesti diorang macam tak nak terima pertolongan kita. Sekarang baru ana tahu kenapa, masa ana sakit hari tu pun ana tak suka kawan-kawan nak tolong bawakan bag atau buku ana sebab ana rasa rendah diri semua. Jadi no wonder la orang-orang kurang upaya ni tak berapa suka kita tolong diorang sebab diorang rasa diorang dah menyusahkan orang lain as long as diorang dapat buat sendiri diorang akan buat tanpa pertolongan orang lain. So jangan bila kita judge diorang ni sombong plak.

Lastly, ana nak ingatkan diri ana dan rakan yang membaca entry ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan. :)

No comments:

Post a Comment