Assalamualikum.. Terkejut tak dengan tajuk entry kali ini? Hahaha..semua mesti terkejut dengan entry yang ana nak kemukakan kali ini. Ini agak hot topic jugak.
Dua tiga hari lepas ana dengar tentang isu ni di masjid. Memang ia menarik minat ana untuk berkongsi di blog ana ini. Ini tentang halal dan haram.
Situasi pertama:
Berlaku dipekarangan sekolah rendah. Ini mengisahkan seorang ustaz di sekolah berkenaan. Pada suatu hari ustad tersebut menerangkan tentang isu haramnya arak dan sebab di haramkan arak ke atas umat Islam.
Pelajar:Ustaz kenapa arak ni ustaz cakap bahaya walhal ia hanyala minuman?
Ustaz:Kalau nak tahu kenapa jom kita pakat p lab kita buat ujikaji ok.
Semua pelajar pergi ke lab. Ustaz tersebut menyediakan dua tabung ujikaji. Tabung A dan Tabung B. Kedua-dua tabung tersebut dimasukan seekor cacing, tetapi tabung A di masukkan air mineral biasa dan tabung B ustaz tersebut masukan arak yang dikatakn bahaya tadi.Beberapa minit kemudian cacing yang berrada di dalam tabung A didapati mati.
Ustaz:Tengok, kan cacing tu dah mati sebab tulah ustaz habaq kat hangpa yang arak tu bahaya.
Pelajar:A'a..cacing tu mati la..
Tak lama kemudian kedegaran loceng berbunyi itu tandanya sesi pembelajaran dah tamat. Semua pelajar dah kemas barang dan kelas bersambung pada minggu hadapan.
Ustaz:Ok kelas kita dah habis. Kita jumpa lagi minggu hadapan.
Apa yang mengejutkan, apabila ibu bapa pelajar-pelajar tadi datang ke sekolah dan membuat aduan bahawa anak-anak mereka membawa balik arak ke rumah. Apabila di tanya mereka mengatakan bahawa ustaz di sekolah memberi tahu bahawa arak dapat membunuh cacing. Di sebabkan itulah pelajar-pelajar membeli arak sebab nak bunuh cacing yang berada di dalam perut mereka.
#Kesimpulannya disini. Kita tidak perlu melakukan sebarang eksperimen untuk menerangkan tentang halal haram sesuatu perkara atau perbuatan tersebut cukup sekadar kita terang secara jelas dan ianya dapat difahami oleh orang lain.
Skrip dan cerita ini hanyalah rekaan cuma untuk dijadikan iktibar kepada kita. Maap kalau ada salah silap pada entry ini.
No comments:
Post a Comment