Tuesday, 24 July 2012

Dimanakah Tuhanmu?

 

Gambar Contoh
Assalamualaikum..Salam ramadhan semua..Hari ini aku nak kongsikan sikit cerita..Cerita ni aku dengar dari seorang ustaz la..Ustaz ni cerita kan pada kawan aku so kawan aku cerita kan pada aku..


Ni kisah benar tau,kisah tentang seorang angkasawan luar negara..Aku dah lupa la sape nama dia..Dia white people so maknanye beragama kristian la kan..


Dia naik ke bulan..Ala macam Syed Muzafar jugak la..Dan selepas dia balik ke bumi dia jumpa dengan seorang ustaz ni..Ustaz ni kira yang alim dah berpengatahuan tinggi tentang Ilmu Agama la.


Dia jumpa dan dia pon tanye ''Siapa tuhan kamu,saya tak tahu siapa tuhan kamu..saya naik sampai ke bulan tapi masih tak jumpa..Di mana tuhan kamu sebenarnya?''..Soalan ni diaju kan kepada ustaz tadi..So dengan slumber ustaz tu menjawab "Kalau kamu nak jumpa tuhan saya,semasa kamu naik ke bulan cuba kamu bukak topi kamu tu(topi angkasawan)..Lepas tu kamu akan jumpa dengan tuhan kami."


Jawapan tersebut membuatkan angkasawan tadi tu terdiam,mungkin dia xpaham dengan ape yang di maksudkan oleh ustaz tadi tu..Dan mungkin jugak dia tengah berfikir..


Bagi aku ianya agak kelakar..tapi ade betulnya jugak dengan ape yang ustaz tu katakan..susah kita nak jelaskan dimana Tuhan kita kepada orang beragama lain..


Kalau kita di tempat ustaz tadi pon mungkin kita akan terdiam..Dan xtahu nak bagi jawapan ape..Kesimpulannya,kita perlukan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan terutama sekali berkaitan dengan agama..

#Dialog tadi bukan dialog asal..dilog yg di reka semula..tetapi lebih kurang la :D

Monday, 23 July 2012

Tip menjadi wanita solehah

 Assalamualikum..Petang ni before bukak pose aku nak share sikit dengan sahabat-sahabat aku tentang wanita solehah..

Tahukah sahabat yang ana kasihi sekalian,wanita solehah akan di cemburi oleh bidadari syurga..Mesti semua orang nak kan..aku pon nak jugak.

Apakah sifat wanita solehah?Bukan wajah yang cantik jadi ukuran.Kecantikan itu tidak akan kekal..Bukan pakaian jadi ikutan.Kalau pakai pakaian yang branded tapi tidak menepati ciri-ciri wanita solehah pon tak boleh jadi jugak bukan?Jadi apakah sebenarnya ciri-ciri wanita solehah ini?Bagaimana mahu mengukur sejauh mana wanita itu adalah wanita yang solehah?Berikut adalah bebrapa ciri-ciri wanita solehah:-

 
  • Mendirikan solat tepat pada waktu
  • Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
  • Tak meninggikan suara ketika marah
  • Sopan santun perilakunya
  • Sentiasa menjaga maruah dan pakainnya
  • Pandai mengambil hati orang tua
  • Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
  • Murah dengan senyuman
  • Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya

  • Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,saudara mahupun sahabatnya
  • Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
  • Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar

itulah antara ciri-ciri wanita solehah.InsyaAllah semoga Zaty dan kaum hawa yang membaca artikel ini dapat menjadi wanita solehah.
Lastly,selamat berbuka ok..

Sunday, 22 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan





 Assalamualikum..Subhanallah dah masuk bulan Ramadhan rupanya..Lambat sikit update blog ni..maklum la sibuk dengan program(ye2 je kalah PM pulak)..

Sekarang dah masuk hari ke-3 berpuasa..alhamdulillah semuanye ok..terawih semua berjalan lancar tapi biasa la bila dh makan x ingat dunia sampai lupa yang lepas tu nak pergi terawih mula la rasa mcm malas je nak gerak..tapi ana pergi la jugak xde la sampai ponteng..hihihi..

Rasa gembira sangat sebab Allah panjangkan umur ana ni jadi dapat la sambut Ramahdan kali ni..Dalam gembira ade la jugak rasa sedih tu..

Firstday puasa dengan kawan-kawan..tak dapat balik kampung sebab ade program 1 Citizen..sedih sangat..jealous pon ade sebab ramai je kawan-kawan lain balik kampung..Tapi xpe nanti sempat lagi berpuasa kt kampung..

Ape-ape pon ana berharap sangat Ramadhan kali ni akan lebih bermakna..Bukan awal puasa je berkobar-kobar pergi terawih,bersahur semua tapi biar la sampai di akhir ramadhan pon macam tu jugak..

Time pergi bazar tu janganla belanja lebih-lebih pulak..ye..ana paham bila bulan puasa macam-macam kita teringin tapi kawal la nafsu makan tu kan..jangan membazir..

Akhir kata,tingkatkan amalan..banyak kan ibadat dan perbaiki diri..Supaya kita menjadi antara hamba-hambaNya yang soleh dan solehah..Amin...

Tak ada kata seindah zikir
Tak ada bulan seindah Ramadhan
Ijinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga
janji yg terabaikan, hati yang slalu berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf lahir batin. Selamat menunaikan ibadah puasa

Thursday, 19 July 2012

Aku cintakanmu kerana agamamu


Assalamualaikum..ari ni ana nak cakap sikit soal CINTA..ok first persoalan yang ana nak tanyakan ialah, adakah kita berada dalam landasan CINTA ISLAMIK yang sebenarnya??

Seorang akhi menghantar SMS berisikan 'Tazkirah of the day' kepada seorang ukhti dan tersenyum-senyum mereka berdua dalam cinta jarak jauh yang dipisahkan oleh syariat.

Sesekali SMS atau misscall ditujukan pada awal pagi sekitar jam 4.30 pagi, ia bertujuan memberi 'friendly reminder' agar si ukhti bagun dari tidur yang lena, membasahkan wajah dengan wuduk dan membawa muka itu sujud menghadap Ilahi. Ketika itu, dunia sedang alpa dalam mimpi dan tidur yang lena.

Bukankah indah bila kita bercinta dengan cara bergini. Tidak perlulah keluar bersama,habiskan masa bersama tapi cukup sekadar saling ingat-memperingati tentang Allah kan lagi indah.

Sebelum kita mencintai seseorang kan lebih elok kita mencintai pencipta kita iaitu Allah SWT. Sesungguhnya apabila kita mencintai Allah insyallah,Allah akan menjaga cinta kita dengan sesama manusia.

Cinta itu sememangnya suci, jadi kita sebagai masyarakat yang beragama Islam seharusnya menjaga cinta itu. Jangan sesekali mencemari cinta itu. Sesungguhnya perasaan cinta terhadap sesama manusia adalah kurniaan Allah SWT.

Cinta antara berlainan jantina adalah fitrah. Jadi pelihara la cinta itu kerana cinta itu sangat suci dan kurniaan Ilahi jangan sesekali mengikutkan hawa nafsu.

Ana rasa terpanggil untuk mengupdate soal CINTA. Sesuai dengan usia ana yang baru meningkat dewasa. Tujuan ana adalah menseriuskan topik CINTA. Perjuangan ana adalah membuktikan bahawa CINTA merupakan terjemahan akidah,pandangan hidup dan sistem nilai seseorang.

Wednesday, 18 July 2012

Muzikku untukku

Assalamualaikum..Ini gitar baru ana..cantik kan??..Ana minat gitar..xtahu la knape..maybe sebab abang-abang ana kot..Ana belajar main gitar ni bukan nak jadi macam Najwa latif ke Yuna ke..just untuk suka-suka dan sekadar minat je..

Pada mulanya memang macam rasa takot nak main yela ada yang mengatakan alat mizik bertali ni haram dimainkan..Tapi islam ni tak mengharamkan hiburan secara mutlak dan tak juga menghalalkan hiburan secara mutlak juga..Jadi berpada-pada la bila dah main tu..Jangan la sampai azan berkumandang pon gitar masih di pelukan dan jari masih leka memetik tali tu..senang kata jangan sampai diri sendiri lalai la..Kata mak aku"behave yourself"..

Memandangkan kos yang ana ambik sakarang ni memerlukan pengiraan yang agak complicated kadang-kadang aku pon pening(saje buat parah)..kahkah..muzik juga salah satu elemen yang kita gunakan untuk menenangkan fikiran..seriously..bila dengar muzik kepala akan rasa ringan sikit tapi jangan la sampai mengelamun panjang pulak..

Muzik ni boleh dikirakan macam terapi la jugak..Selalu orang yang sakit kronik akan mendapatkan terapi macam-macam kan? So macam stress jugak memerlukan terapi kalau di biarkan macam-macam leh jadi..contohnye, bila kita buat satu latihan cash flow yang macam ana tengah buat sekarang ni(lagak macam korang nampak je)..memang memerlukan otak berfikir secara pantas..kalau asyik tension je memang latihan tu kita tinggal terus la..tapi kalau kita berhenti sekejap & main gitar or dengar muzik mesti kita akan sedikit tenang dan sambung buat latihan tu balik..Ana berani potong jari la sebabkan ni berdasarkan pengalaman ana sendiri..

Nak dengar lagu melalui handphone atau bende-benda lain pon boleh takde salahnye pon tapi lagi best bila lagu tu kita yang mainkan sendiri..ana masa mula-mula belajar pon macam nak nangis sebab sakit kot jari dok tekan tali tapi after 2 week dah ok sikit sebab jari dah kematu..so,bila nak belajar chord tu memang best la..Sape-sape yang berminat dengan gitar try la ok..best sangat..ok sampai sini je la ana dah banyak sangat mengarut ni..wassalam :)

Tuesday, 17 July 2012

Sahabatku



Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.Insya'Allah


Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak..Insya'Allah


Sahabat,Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG.


Sahabat,Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.


Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.


Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.


Sahabat,Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.


Sahabat,Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.


Sahabat,Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.


Sahabat,Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan..


Sahabat,jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkoraban demi sahabat kamu itu.jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.


Sahabat,Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu.


 Sahabat,Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu 
kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya 

Kucingku





Aku suke gila kat kucing sebab bagi aku kucing ni macam kawan aku..korg ingt manusia je boleh paham kita..binatang pon bleh paham kita cuma dia xleh ckap je.

~I love my pets