"
Bila mana hati ingin melakukan sesuatu yang baik,segerakanlah kata hatimu. Bimbang nanti hatimu berubah rasa".
Jangan tangguh perbuatan yang baik. Segerakanlah secepat mungkin.Kerana ia boleh jadi, suatu "hidayah" dari Allah SWT.
Bila hati terdetik ingin melakukan perubahan ke arah positif, bulatkan tekad dan lakukan mengikut kata hati dan berpandukan akal fikiran. Biar manusia berkata-kata, bila tiba masanya mereka penat lalu diam dan hanya memerhati.
Hidayah sesuatu yang sukar untuk kita perolehi. Tidak dijual di MY DIN MALL mahupun 7ELEVEN. Ia kurniaan Ilahi kepada kita.
Hidayah bukan datang sendiri. Jadi, jangan tunggu ibarat tunggu bulan jatuh ke riba. Harus usaha untuk mendapatkannya.
Walaupun kita sudah memperoleh hidayah, jangan berhenti untuk berdoa kepada Sang Pencipta. Kerana kita sentiasa memerlukan hidayah darinya agar kita tidak leka dek keindahan dunia.
Ayuh, sambutlah hidayah Allah dan cintaNya. Jangan berlenggah-lenggah dan jangan malu untuk membaiki diri mencari cinta Ilahi.
Ya Rabb, mudahkan urusan penghijrahan hambaMu. Amin..
No comments:
Post a Comment