Friday, 10 January 2014

Izinkan aku "BERPURDAH"




Tidak semua kata mampu ku ungkapkan melalui kata-kata. Tidak semua rasa mampu ku luahkan pada manusia. Kadang ku pedam. Aku diam seribu bahasa. Lidah ku yang petah berkata-kata menjadi kelu dek kerana rasa yang ku pendam. Air mata ku seakan payah untuk dikeluakan. Kaki ku seakan berat untuk ku mengorak langkah.

Ya, aku PENAT! PENAT dalam memahami diri ku sendiri. PENAT dalam menyakinkan semua orang akan perubahan ku. PENAT dalam menguatkan diri ku sendiri.

Sungguh MANIS ujian MU. Sehingga membuat ku berasa PENAT, tapi masih belum PENAT untuk berusaha mencari CINTAMU. Disaat ku mula tersungkur, aku mendapat kekuatan dariMU.

PURDAH!

Sesuatu yang diluar jangkaan ku sendiri. Rasa yang sukar untuk aku rungkaikan. Puasku mencari penghujung bagi semua ini. Namun,hingga kita masih belum ku temui.

Salahkan seorang gadis seperti ku ingin berpurdah?Bukan aku inginkan semua rasa ini hadir.Tapi,hadirnya tanpa aku sendiri sedari.Rasa yang sukar untuk aku terangkan.Harus sampai bila aku simpan semua rasa ini?Aku pun tak tahu.

Bukan niat ku untuk berpurdah ingin diri ku nampak "ALIM", "WARAK", "SOLEHAH" dimata manusia. Tapi, aku punya alasan ku sendiri.

Orang selalu cakap, mereka yang berpurdah ini sebenarnya ingin menutup "kecantikan" yang mereka miliki dan hanya untuk tatapan si zauj sahaja. Tapi, tidak bagi ana. Pandangan ana sama sekali berbeza, Ana ingin menundukkan pandangan ana dari memerhati si ajnabi. Disaat ana menundukkan pandangan ana, si ajnabi juga turut menunduk pandangan mereka.

Ana rasakan coretan dosa-dosa yang ana lakukan memenuhi wajah. Ana malu. Walaupun ana sudah "berhijrah", tapi diri ana masih diperhati seperti dulu. Seperti seorang gadis yang dulu. Kiri kanan mereka memerhati. Tidak cukup dengan itu, di FB, WHATAPPS mereka mengutarakan pelbagai soalan.

Kenapa ana "berubah" sejauh ini?

Ana punya sebab ana sendiri. HIDAYAH itu milik Allah SWT. Bila mana ana mendapatkannya sama sekali tidak akan ana sia-siakan.

Sudah puas ana cuba yakinkan mak dan abah tapi masih jugak ana tewas untuk menyakinkan mereka. Mereka ada alasan yang tersendiri. Ya ana faham. Tapi, hati siapa yang mampu menahan apabila apa yang diinginkan tidak dapat ditunaikan. Ana masih muda. Darah muda sukar untuk dikawal.

Ana belajar erti "redha". Redha dengan segala yang diaturkan olehNya. Dalam belajar untuk terima keputusan orang tua ana, aku belajar tentang satu hadis.

“Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.(Hadis Riwayat Hakim)

Apa gunanya kalau apa yang aku belajar tapi tidak aku praktikkan dalam hidup ku.Ya Allah,kuatkan ana dalam menjalani ujianMu .Redhakan ana dalam berusaha untuk membahagiakan orang tua ana.

“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan),maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.(Hadis Riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment