Sunday, 5 August 2012

Tarawih oh tarawih



Assalamualaikum..Topik hari ini berkaitan tarawih..Kebetulan sekarang kita berada di bulan Ramadhan.Tarawih ini antara isu hangat yang diperkatakan semasa bulan Ramadhan.

Ramai antara kita yang melepaskan peluang untuk solat bertarawih kerana sebab-sebab yang tidak munasabah.Ada suri-suri rumah menjadikan anak kecil sebagai satu tiket untuk ponteng tarawih.Sememangnya tarawih adalah hanya solat sunat tetapi ramadhankan hanya sekali setahun jadi kita kenalah berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala itu.

Student-student pulak menjadikan alasan ulangkaji sebagai satu sebab mereka terpaksa meninggalkan solat tarawih tersebut.Ya...Memang betul,belajar dan tarawih kedua-duannya di kira ibadah tapi tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan jadi tak ke rugi kalau kita tinggalkannya dan melepaskan pahala begitu je??

Sekarang ana nak share sikit kelebihan-kelebihan solat tarawih mulai malam pertama hingga ke malam 30:

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

 25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Ok..sekarang kita boleh nampak bertapa hebatnya solat tarawih bukan?Rugi bagi sesiapa yang meninggalkan tarawih tanpa sebab-sebab yang munasabah.Selagi nafas tidak terhenti,selagi jantung masih berdegup apa salahnya kalau kita kumpul pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan kita di akhirat nanti.
Selamat beramal :)

Saturday, 4 August 2012

Bongkak a.k.a ujub


Hari ni memang tergerak kat hati ana nak update tentang bongkak ni. Masalah bongkak (ujub) dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin hari dilihat kian membarah. Mereka ini berduyun-duyun menyambung pelajaran  dengan keinginan yang dilihat bersungguh-sungguh namun apa yang terselit di hati mereka hanyalah menuntut ilmu dengan niat untuk meninggi  diri dan menunjukkan pada khalayak bawa dialah manusia yang paling pandai atas muka bumi Allah Azzawajalla ini.  

Allah. Inilah manusia. Belajar tanpa keikhlasan.  Dikatakan bahawa semakin tinggi kita menuntut ilmu ini maka kita semakin menghampiri maha pencipta dan menyatakan keesaan kepada Allah azzawajalla yang tiada tandingnya. Namun manusia hari ini tidak pernah sedar bahawa ilmu yang ada atau dimiliki oleh mereka hanyalah pinjaman semata. Apabila matinya anak Adam maka putuslah segala pertalian si mati dengan hubungan di dunia ini kecuali sedekah/amal jariah yang ditinggalkan, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat.  

Maka,jika hari ini kita ada ilmu yang tinggi tanpa menyebarkan kepada orang lain atau hanyalah sekadar membongkak diri dengan ilmu yang ada maka kita seperti mati kering kerana ilmu yang kita miliki tidak pula kita sebarkan. Dan apa yang paling pasti, kita kena ingat bahawa ilmu yang kita sebarkan itu bagaimana tarafnya? Ikhlas atau tidak? Jika ilmu yang di sampaikan itu adalah ikhlas dan bermanfaat, maka kita akan setiap masa menerima bonus yang berpanjangan kerana ilmu yang kita berikan itu diamalkan. 

Dan begitulah sebaliknya.  Kemanisan ilmu itu juga dilihat pada amalannya. Kita ada ilmu maka kita beramal dengan ilmu yang kita ada. Dek kerana tidak jujur serta tiada keikhlasan dalam menuntut ilmu maka apa yang kita ada itu hanyalah sekadar di bibir sahaja.  Ada orang kata ‘ oh profesor tu ilmu nya hanya sekadar apa yang ada di dalam tesis tulisannya sahaja’.  Ujar seorang sahabat. Nilaikanlah. Profesor? Cuba lihat kamus dewan? Apa makna profesor?  Hehe inilah akibat kalau ilmu yang kita ada tidak kita amalkan sepenuhnya. 

Rumusannya, ilmu itu haruslah disusuli dengan amalan kerana ilmu adalah iman dan amal adalah makmum. Apabila iman yang ada dalam diri kukuh, maka makmum yang berdiri di belakang pun yakin dengan iman yang kita peroleh.

Ana tinggalkan kata-kata ilmuan ini buat tatapan nukilan hari ini. Allah. Siapalah kita yang mempunyai ilmu yang sedikit ini di sisi Allah Azzawajalla…

Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya, Tafsir Fiqh As-Suluq fi Dhau Al-Quran wa As-Sunnah menulis :
"Sesungguhnya musibah terburuk yang menimpa kehidupan dan menerpa umat manusia adalah orang alim yang perkataannya bertentangan dengan perbuatannya dan perbuatannya mendustakan perkataannya . Orang alim seperti ini adalah bencana untuk hamba Allah dan tindakannya itu adalah tindakan yang diperingatkan Al-Quran kepada orang beriman.

#Hanya peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan pembaca.Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Ana tidak mahu jadi orang yang sombong dan membongkak diri dengan ilmu senipis kulit bawang yang aku ada. Siapalah kita? Maka usahlah membongkak diri dengan ilmu senipis kulit bawang. Jangan terlalu meninggi diri dengan ilmu yang kita ada dan jangan juga memandang rendah kepada orang lain,barangkali hatinya lebih suci dari kita.Jom kita kongsi ilmu! Ini yang lebih aula! :)

Wednesday, 1 August 2012

Hatiku dan hati kamu,kamu dan kamu



Bercakap tentang hati susah nak kita terangkn secara spesifik.Hati merupakan salah satu organ dalaman kita yang sangat berharga.Kerana adanya hati kita mempunyai rasa sayang akan seseorang dan pelbagai rasa la.

Jadi ana nak kongsikan sikit soal hati. Hati merupakan kurnian dari Ilahi. Kita sebagai pemilik hati tersebut kenalah menjaganya sebaik mungkin. Jangan sampai hati kita lalai dan leka dengan perkara dunia semata-mata.

Makanan juga boleh membuatkan hati kita menjadi kotor. Justeru itu, Islam sangat menitib beratkan tentang pemakanan. Makanan yang ana maksudkan bukanlah dari aspek jenis makanan atau sebaliknya tapi dari aspek sumber makanan itu.

Makan yang elok datangnya dari sumber yang halal. Makanan yang dimakan haruslah dibuat dari sumber atau bahan-bahan yang di yakini halal. Maklumlah sekarang pelbagai jenis makanan yang terdapat di pasaran. Ana sendiri keliru nak pilih yang mana.

Makanan jugak perlulah di beli dari sumber pendapatan yang halal. Kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita sendiri. Apabila hati kotor maka segala perbuatan kita akan menjurus kearah yang negetif.

_________________________________________________________________________________


Secara dasarnya semua makanan adalah halal, melainkan yang telah dijelaskan melalui nash/dalil bahawa makanan tersebut haram. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik...” (Surah al-Baqarah, 2: 168)

Thank for reading~

Tuesday, 31 July 2012

Mati itu pasti






Asslamualikum..hari ni free so aku rasa nak update tentang kematian.Dah banyak hari rsanya x update blog.Maklum la sekarang sibuk dengan macam-macam test.Hati rasa terpanggil untuk buat entry tentang kematian.Mati itu sesuatu yang pasti.Kita jugak sebagai umat islam di galakan mengingati mati bukan?

Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita. Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah. Orang ini tak pernah belajar, dia anggap mati itu mudah. Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan. Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan. 

Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam. Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh mungkar nakir sangat sakitnya. Makin lama qiamat lamalah masa menerima azab kubur. Dia diazab tidak ada ringan-ringan. Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya. Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya. Di padang mahsyar dibiarkan beratus-ratus tahun. Di dalam keadaan tidak berpakaian matahari di atas ubun amat panas. Terlontar terbiar macam cacing kepanasan tiada siapa yang menolongnya. Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri.

Akhir sekali meniti siratul mustaqim, kemudian berguguranlah ke dalam api. Di dalam neraka yang panas dirantai dipukul dibelengu. makan buah zaqum yang panas. Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati. Di dalam neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi. Marilah kita insaf dengan cerita ini marilah kita menyiapkan diri. Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi.

Berikutnya adalah keterangan Al Quran, Hadis Rasulullah SAW dan beberapa kisah yang pernah berlaku pada masa yang lalu tentang dasyatnya kematian, azab siksa kubur dan suasana alam barzakh yang mengerikan.

Dari Albaraa’ bin Aazib r.a. berkata: Kami bersama Nabi s.a.w. keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai ke kubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi s.a.w. duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami, sedang Nabi s.a.w. mengorek-ngorek dengan dahan yang ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksa kubur, 2 atau 3 kali diulang. Lalu bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggalkan dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya Malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk di depannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malakul maut dan duduk di dekat kepalanya dan memanggil. Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redhoNya.

Nabi s.a.w. bersabda: Maka keluar rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut bekas tempat air, maka terus diterima, dan terus dimasukkan dalam katan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan Malaikat melainkan ditanya: Roh siapakah yang harum ini? Dijawab: Roh Fulan bin Fulan sehingga sampai ke langit, dan di sana dibukakan pintu langit, dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit diantar oleh Malaikat muqarrabun dibawa naik ke langit yang atas hingga sampai ke langit ketujuh, maka Allah berfirman: Catatlah suratnya di Illiyyin.

Kemudian dikembalikan ia ke bumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan di dalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya. Maka kembalilah roh ke jasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: Siapa Tuhanmu. Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: Apakah agamamu? Dijawab: Agamaku Islam. Ditanya: Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutus di tengah-tengah kamu itu? Dijawab: Dia utusan Allah. Lalu ditanya: Bagaimanakah kau mengetahui itu? Dijawab: Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya. Maka terdengar suara: Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga, supaya ia mendapat bau dan hawa syurga, lalu diluaskan kubur sepanjang pandangan mata kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: Terimalah kabar gembira , ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Lalu ditanya: Siapakah kau? Jawabnya: Saya amalmu yang baik. Lalu ia berkata: Ya Tuhan segerakan hari Qiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.

Sesungguhnya mati itu pasti.Bagaimana?Dimana? dan bila? itu rahsia Allah swt.Sambungan untuk entry ini nanti aku update.

Wassalam~

Friday, 27 July 2012

JODOH


Assalamualikum..Alhamdulilah sekarang dah musuk hari ke 7 kita puasa..semua berjalan lancar..hati aku tertarik nak mengupdate persoalan tentang jodoh..Maklum la isu semasa sekarang tengah hangat dengan kisah remaja kawin dalam usia ,muda..Wanita dan lelaki yang dlm usia pertengahan yang masih belum bertemu jodoh dan macam-macam la semuanya berkaitan dengan jodoh.
Ana nak kongsi sedikit berkaitan jodoh ni. Ana pon baru terbaca dari sebuah atikel..
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

Thursday, 26 July 2012

PLEASE BE STRONG



For those who are broken- hearted , PLEASE BE STRONG :') Be strong doesn't mean that you can't cry, YOU CAN ! Just release everything that you feel, then you have to STOP. Stop thinking bout him/her. I know it's hurt, but you still have your own family and friends right ? Slowly you will forget him/her. Just take your time. No need to rush, but please, enjoy your life ! Remember, Allah is always with uh :D If you feel like wanna say something bad, call him/her and terus aje say what in your mind without hear any words from him/her and then terus tutup phone (Y) That's cool babehhhh. Especially for girls, don't stay alone, remember that you're not alone :') InsyaAllah.

Wednesday, 25 July 2012

La Tahzan Innallaha Ma'ana






Jika rasa sedih itu adalah AIR, biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
Kerana sudah  terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu memadamkan api neraka MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..

Jika rasa sedih itu adalah ANGIN, biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan, ke kawanan tumbuhan yang mengharapkan angin..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke JIWA ku..
Kerana sudah terlalu lama angin yang bergelodak di situ…
Kerana ku takuti angin dalam jiwa ku itu tidak mampu menjadikan ku kuat untuk ke jalan MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Jika rasa sedih adalah KETAJAMAN, biarlah ia digunakan untuk menghunus musuh-musuh Islam, untuk mengasah akal para pejuang agama…
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
TAPI JANGANLAH ke HATI ku..
Kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris..
Kerana ku takuti ketajaman ke hati ku itu tidak mampu menjadikan hati ku Ikhlas untuk MU, Ya ALLAH..
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..


Namun,

Jika rasa sedih adalah CAHAYA PETUNJUK dari ALLAH, biarlah ia terpancar ke dalam mata ku, jiwa ku, hati ku dan ke seluruh alam..
Agar semua dapat merasai  cahaya keindahannya itu..
Cahaya keredhaan dari ALLAH ..
Tanda Kasih , Cinta, Ingatan dari ALLAH yang Maha Agung, yang Maha Mengetahui, yang Maha Pengasih, yang Maha Mengasihani, yang Maha Pencinta…
Yang telah menciptakan segala-galanya ..
Daripada tiada kepada ada...
Agar semuanya kembali kepada MU , Ya ALLAH..
Kembali sujud kepada MU..
Kembali menuju ke jalan MU..
Kerana Engkaulah destinasi cinta yang HAKIKI...