"Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. "
Monday, 7 January 2013
Wednesday, 2 January 2013
Mengapa manusia mudah melakukan zina?
"Wajahnya tertunduk.Terbayang dosa yang baru sahaja dia lakukan.Dia telah berzina dengan teman sebiliknya.Dunia seakan mahu runtuh."
Penyesalan memang terjadi di belakang hari.Saat semuanya sudah terjadi,maka yang ada hanyalah tangisan.Orang bergitu mudah tergoda untuk melakukan perzinaan.Mereka seolah-olah bergitu mudah untuk melakukannya.Persoalannya,mengapa mereka nergitu mudah melakukan zina?
Pertanyaan ini menarik untuk dibahas.Mengapa manusia sangat mudah melakukan perzinaan,sedangkan mereka sangat liat apabila disuruh menikah?Bila ada kesempatan,ada peluang,seseorang dengan ringan melakukan perzinaan.Di pejabat,di kawasan perumahan,bahkan di lokasi-lokasi umum,mereka boleh bertemu dan melakukan zina di tempat yang mereka sepakati.Bergitu mudah dosa dilakukan.Bergitu mudah pula mereka jatuh ke lembah kehinaan.
Ana tidak menafikan nafsu manusia seumpama kuda liar. Jika ia tidak boleh tunduk oleh kekuatan iman ,ia akan meraung-raung untuk dilepaskan. Untuk itu hati yang qanaah kepada Allah diperlukan bagi mengikatnya. Mengikatnya supaya tunduk patuh kepada perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya.
Diperlukan jiwa-jiwa yang mahu diatue oleh Rabbnya. Mengikuti segala sisi syariah-Nya yang sudah dibuat rapi tanpa cela. Sehingga nafsu itu menjadi saluran yang baik.
Islam memberi ruang untuk nafsu mencintai wanita tidak cuma satu tapi hingga 4 wanita boleh dinikahi sang arjuna Islam membuka pintu pernikahan selebar-lebarnya kerana Allah Maha Mengetahui setiap hamba-Nya. Tetapi Islam tidak mengiktirafkan sebuah cinta yang haram.Cinta yang melanggar norma kesusilaan. Cinta yang membunuh kepedulian.Cinta serakah yang berlebihan dari had dibenarkan.
"Dialh Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak(Menciptakan)langit,lalu dijadikan -Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."-(Al-Baqarah:29)
Jadi mengapa kita melawan apa yang sudah menjadi aturan Allah untuk kita? Mengapa kita melanggar apa yang sudah menjadi larangan-Nya?Dan mengapa kita begitu mudah menganggap aturan-Nya sebagai sesuatu yang biasa-biasa sahaja?.
Kita adalah ciptaan Allah yang sepenuhnya harus berpasrah diri pada ketentuan-Nya? Bukankah kita adalah manusia yang saat ini ingin berabdi sepenuhnya kepada Allah?Lalu mengapa kita cenderung memilih berkhianat? Jadi tugas kita yang paling utama adalah untuk beribadah kepada Allah dengan ibadah yang paling sempurna. Mengapa kalau untuk urusan dunia kita selalu inginkan sesuatu yang terbaik, sementara untuk urusan ibadah kita hanya melakukan secara sambil lewa sahaja?
Kita haruslah berusaha menghadapkan wajah kita kepada Allah. Agar kita tidak mudah berdosa kepada Allah. Tidak mudah melanggar perintah-Nya dan tidak mudah berzina hnaya kerana memenuhi tuntuta nafsu belaka.Kita harus belajar untuk setia kepada Allah bukan hanya setia kepada kekasih. Menghadapkan wajah kita kepada-Nya.
Sebagai renungan kita bersama :)
Tuesday, 1 January 2013
AWAS!
Assalamualikum.Entry kali ini hanya kartun yang di petik dari sebuah komik yang agak menarik untuk di kongsikan.Even kartun dan lukisan ini hanya biasa-biasa sahaja,tanpa warna dan hanya berlatar belakangkan warna putih dan kosong tetapi mempunyai mesej yang menarik untuk di sampaikan kepada kita semua.
Kepada remaja-remaja di luar sana please behave yourself.Jangan sia-siakan hidup anda dengan keseronokan duniawi.Kerjakan amal ibadah terlebih dahulu sementara masih mampu bernafas."Amal makruf nahi mungkar"
Saturday, 29 December 2012
Antara persahabatan & keegoan
Bukan ku pinta bergini,
Bukan ku ingin kita bergini,
Bukan ku harapkan ini terjadi,
Sahabat,
Di saat metari menyinar pagi,
Di saat burung bernyayi riang,
Di saat pagi melebarkan sayap,
Aku hanya diam,
Bisu seribu makna,
Lidahku kaku,
Hatiku membeku,
Dingin terasa menusuk ke kalbu,
Bukan ku ingin kita bergini,
Tidak terlintas di hati,
Tidak terniat walau sekali,
Namun ku tak berdaya,
Jiwaku kosong,
Rasaku mula hilang,
Hatiku bergelodak,
Puas aku mencari,
Mencari rasa yang hilang,
Puasku teroka pelusuk hati,
Jenuhku selongkar di balik kecewa,
Aku menangis,
Mencari erti sahabat,
Di saat jatuh bangunku,
Aku merungkai tirai duka,
Aku hanya manusia,
Punyai perasaan,
Punyai rasa,
Punyai hati yang tidak mati,
Wahai sahabat,
Jika kau rasa apa yang ku rasa,
Akan ku lukiskan sebuah lakaran hidup,
Hadirku bukan untuk di sayang,
Adanya aku bukan untuk di hargai,
Wujudku hanya untuk menumpang kasih,
Bukan untuk selamanya,
Hanya seketika,
Hanya untuk habiskan sisa hidupku,
Write by: Nur Izzaty Sanusi
Friday, 28 December 2012
Life too short
When tomorrow starts without me,
and I’m not there to comfort you,
please know that I still love you,
cause I know you love me too.
When tomorrow starts without me,
and you feel lost and blue,
I hope these words I’ve written
will help to see you through.
Someday your pain will ease,
sadness replaced by fond memories
Come tomorrow you will hear
I love you whispered on the breeze.
When tomorrow starts without me
cause God has called me home
I turn, blowing a kiss for thee
Sad that you may feel alone.
I will miss you tomorrow
as I take one last glimpse
a tear falls from my cheek
I’ll be going home.
And tomorrow will start without me
~For My Family, My Friends and You
Thursday, 27 December 2012
Sang PencintaMu
Assalamualikum.Rindu sangat nak update entry baru tapi tak da masa.Lagi satu tak da pulak idea so terpaksa stop dulu aktiviti mengupdate.Entry kali ni tak da pape yang nak di kongsikan hanya nak meluahkan rasa hati.
Hidup memang banyak cabaran.Kadang rasa ralat dengan semua ujian hidup tapi tidak bermakna putus harapan.Betul kata mak hidup kita macam roda kadang kita dekat atas kadang kita dekat bawah.
Sebagai manusia biasa sudah pasti adanya rasa cinta atau sayang kepada lelaki.Ya Allah layak ke aku untuk bercinta sedangkan aku sendiri masih mencari cintaMu?Aku tidak dapat lari dari fitrah manusia.Rasa sayang,cinta akan seseorang memang akan wujud walau di tahan sekencang mana.
Ya Allah bantulah aku dalam mencari HidayahMu.Bimbinglah hatiku menuju syurgaMu.Sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu namun aku tidak sanggup juga ke nerakaMU.
Saturday, 15 December 2012
Bahaya SYIAH!!!
Assalamualikum.Hari ni aku nak kongsikan sedikit tentang satu fahaman yang makin berkembang luas di sekitar Malaysia sekarang.Apakah fahaman tersebut.Berasarkan tajuk dekat atas sudah semestinya korang tahu apa fahaman yang nak aku ceritakan dekat sini.Fahaman tersebut adalah "SYIAH".
Sebelum aku huraikan lebih panjang tentang syiah ni terlebih dahulu aku nak terangkan apa itu syiah.Firstly,Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka.
Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir
.
Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu
kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini
mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah
selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar.
Antara kelompok-kelompok syiah:
Kelompok
pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan),yang cenderung
memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang
kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain
tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar,
Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan
tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus
menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih
baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun
(menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal
dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.
Kecenderungan
kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah.
Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai
Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan
melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu
Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan
Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang
mereka laknati tak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.
Mereka
adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya;
Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak,
juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tak boleh dianggap
remeh kerana mereka mempunyai agenda tersendiri.
Akidah
mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita di malaysia ni setakat berbeza fahaman
parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka mengkafirkan
sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al
Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu
lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran. Apabila syiah
mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tak boleh dipakai.
Para pengikut syiah juga mempunyai akidah taqiyah (berbohong atau berpura-pura).Mereka di tuntut untuk menzahirkan sesuatu mengikut kesesuaian masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.Sebagai contoh,sambutan Asyura mereka melaknati Abu Bakar,
Umar, dan sahabat Nabi yang lain.
Terdapat satu buku kecil
bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Di
dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan
kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada
hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan
diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut
adalah hari kematian Husain.
Kepercayaan
mereka berbeza dengan ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tak sama dengan Imam
Mahdi ahlus sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir
dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada
ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua
hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
Mereka
menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana
dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi
perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran
kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada
hari ini.
Syiah yang
ketiga, dan ini yang paling pelik bagi aku. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di
sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang
berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan). Mereka
menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik
semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah
menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin
Abi Thalib.Subhanallah...
Akidah
begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang
dengan banyak nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di
Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf
Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan,
Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah
tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.
Cara
mengenali SYIAH Lanattullah:
Syiah
boleh dikenali melalui modus operandi(dah macam pengawai polis pulak rasa) atau cara mereka menarik kita.
First step: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi). Mereka
akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali,
Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang
ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana
Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai
mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.
Mereka
membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum
keluarga Nabi. Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang
yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu
sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan)
yakni tak berlebihan dan tak berkurangan.
Kita perlu
sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan
yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan,
maka kesalahannya tak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,
لو أن
فاطمة بنت
محمد سرقت
لقطعت يدها
Maksudnya:
“Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”
Sayang ada
hadnya.Sama macam sayang pada seseorang kita haruslah berpada-pada. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa,
kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan
kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.
Second step: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka,
“Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi
yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah.
Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.”
Mereka
bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa
kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar
Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan
satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai
jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi
itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya
tetapi Amerika boleh cari juga.
Kenapa
negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tak berperang lagi sampai ke
hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tak sengaja
kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.
Sebab itu
ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir
zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan,
di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah
syiah rafidhah Imam 12.
Syiah
sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku
hebat dan pelbagai pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu,
kemungkinanlah dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji
P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah boleh
diterima cerita seperti tu? Tak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan
banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia menulis
dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.
Andai kata aku mencerca dan maki hamun ibu bapa korang adakah korang masih menyokong aku?Konteksnye sama jugak dengan syiah.Golongan syiah mencerca Nabi Muhamad iaitu rasulullah kita,tak kan kita ingin menyokong dan melibatkan diri dalam syiah?.Tepuk dada tanya iman korang.
Abu Bakar
RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik
oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih
dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tak percaya kepada Nabi SAW,
beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga
digelar sebagai As-Shiddiq.
Bagaimana
kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA
dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA
merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas,
pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan
Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tak berani lalu tempat yang
dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman RA
yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada
orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri
terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.
Aisyah RA
wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, tapi dikafirkan oleh syiah.
Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tak boleh
diguna pakai.
Abu
Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan,
maka hadis Abu Hurairah tak boleh diterima.
Jadi apa
tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara
mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam
mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini,
mengangkat negara Iran.
Menyebarkan
syiah melalui perkahwinan
Orang Iran
cantik-cantik parasnya kalau nak di bandingkan dengan orang melayu macam akau memang jauh beza la.Itu tak penting apa yang penting adalah modus operandi mereka juga adalah melalui wanita
dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar
di negara kita contohnya di UIAM dan ipta dan ipts yang terdapat di malaysia, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik,
setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tak ada apa. Siapa tak bangga kalau dapat
menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi
syiah.
Di sebelah
Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik,
Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar
ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki
tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun
melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua
rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di
belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya
cantik-cantik belaka.
Itu
sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka
banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah,
dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam.
Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?
Hal ini
bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul
Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh
terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau
pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini
tak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.
Syiah
memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah
mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang
mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita
didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam
kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi
6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku
daripada Al Quran mereka.
Syiah
Agama Politik
Pada hari
ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah
air. Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu
rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan). Setelah mendapat negara maka
barulah sah rukun Islam wilayah mereka.
Maka sebab
itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang
sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Aku tak kira mereka
berada dalam parti mana. UMNO jangan sekali-kali bagi ruang syiah masuk ke
dalam parti. Bagi ahlus sunnah sahaja masuk. Itu sedikit berkaitan syiah.
Wallahu-A’lam.
#Sumber dari buku yang aku baca dan ceramah yang diadakan di Masjid Unisza :)
Subscribe to:
Posts (Atom)














