Tuesday 16 December 2014

Nikmat DariNYA

Assalamualaikum wahai awak awak yang comel dan katang (kacak) *bajet macam ramai yang baca :). Lama dah rasanya blog ni sepi tanpa entry. Al-maklumlah, student life, bangun tidur, pergi kuliah then balik semula busykan diri sikit pastu tidur semula. Jadi, hari ni bila ada je kelapangan terus nak update entry baru. Jari-jemari dah gatal nak menekan papan kekunci laptop ni.

Entry kali ni nak bercerita tentang nikmat. Nikmat dimana sebilangan besar dari kita sering lupa akan kehadirannya. Kita sebagai manusia included me, selalu lupa akan nikmat yang diberikan. Kepala asyik serabut je buat itu tak kena, buat ini tak kena. Sedangkan Allah SWT dah beri nikmatNya pada kita. Cuma kita yang tak sedar. Bak kata perpatah melayu, kuman seberang laut nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. *Eh macam tak kena je, hehe.

Nikmat yang sering kita lupa iaitu, nikmat iman dan islam. Sebagai hambaNya kita kena bersyukur kerana kita dilahirkan dalam Islam. Tapi, ramai yang tak bersyukur bab ni. Ramai yang masih diawan-awangan. Tentang iman pula, iman sememangnya kita tidak nampak tetapi selagi kita patuh suruhan Allah SWT dan tidak syirik atau murtad itu bermakna masih ada iman dalam diri kita. Cuma sekarang, masalahnya bagaimana kita nak hidupkan iman yang ada pada diri kita? Sekarang sama-sama kita letak tangan didada kita dan bermonolog sendiri "Apa khabar iman ku?". Muhasabah diri kita. Buat setiap hari tapi dengan syarat harus bersertakan dengan usaha. Jangan hanya bermonolog tapi tindakannya tiada. Jangan biarkan iman kita "tenat". Kita umat akhir zaman sangat membutuhkan kekuatan iman. Kerana pada zaman ini fitnah Dajjal sangat hebat. Kawan boleh jadi lawan bergitu juga keluarga dan adik-beradik.

Jadi, bermula hari ini dan saat ini sama-sama kita hargai nikmat dariNya. Cari sebanyak mungkin ilmu berkaitan agama. Kerana ia adalah permulaan kita mengenali siapa Pencipta kita. Tak perlu susah mencari bahan bacaan lain, Al Quran sudah cukup menjadi bacaan harian kita. Baca Al Quran berserta maknanya membuatkan hati-hati kita tenang. Jiwa-jiwa yang kehausan akan dapat diubati.


No comments:

Post a Comment