Thursday, 6 June 2013

Warkah buatmu sahabat

Assalamualaikum..Salam jumaat buat muslimin dan muslimat. Dah lama rasanya ana tak update blog ni, tak ada masa + malas. Hari ini tergerak nak update satu entry bertajuk "Warkah buatmu sahabat".

Bismillahirahmanirahim. Hati jadi semakin sebak bila mengingatkan peristiwa sedih itu, bila rindu mengundang membuatkan semakin sebak di dada. Sahabat yang selalu bersama ana pergi buat selamanya dalam satu kemalangan jalan raya. Arwah meninggal akibat kecederaan teruk. Kami berkawan sejak kami dibangku sekolah rendah lagi, dan apabila semakin dewasa semakin rapat dan akrab walau sering bergaduh tapi kami masih sahabat.

Pada 10 Mei bersamaan 29 Jamadilakhir beliau pergi meninggalkan kami semua. Saat ana mendapat berita kematiannya, ana seakan bermimpi dan tergelak sendiri. Ana lihat jam di handphone ana menunjukkan pukul 1:29 pagi. Saat itu air mata mula membasahi pipi, seakan tidak percaya.

Arwah seorang anak yang baik, abang yang baik serta sahabat yang baik. Ana masih teringat pada bulan puasa tahun lepas ketika ana kemalangan dia datang membantu, membawa ana masuk ke ruang ICU, dan menawarkan diri untuk mengisi borang-borang hospital. Tak dapat ana membalas jasanya. Ana bukan sahaja tidak dapat menolongnya semasa kemalangan malah ana tak sempat melawatnya di hospital pada saat-saat dia ingin menghembuskan nafas terakhirnya. Arwah pernah berkata jika dia mati nanti dia inginkan dirinya mati pada hari jumaat, Alhamdulillah impianmu tercapai sahabat ku.

Beberapa hari sebelum arwah pergi meninggalkan kami semua, ana sempat berjumpanya tapi hanya senyuman yang dia berikan. Sememangnya arwah sangat murah dengan senyuman. Sehingga saat ini senyumannya masih berbekas dihati dan ana mengharap senyuman dan wajahnya sentiasa dapat ana banyangi.

Keesokan paginya ana bersiap pergi ke rumahnya bagi menziarahi arwah. Bila tiba di rumaha arwah keadaan semakin sayup ana rasakan. Melihat wajah ibunya yang seakan menyembunyikan kesedihan, wajah rakan-rakan yang menahan kesedihan. Ana kuatkan langkah kaki ana menunggu di luar rumah sehingga arwah siap dimandikan apabila siap dimandikan dan dikafankan ana cuba menyelinap masuk ke dalam rumah bagi menatap wajahnya buat terakhir kali. Semakin meronta perasaan sedih ana apabila melihat wajahnya yang seakan tidur sambil tersenyum.

Selepas selesai solat kami menunggu sesi pengkebumian arwah setelas semuanya selesai ana dan seorang sahabat ana pergi ke tempat kemalangan bagi melihat sendiri keadaan. Sangat menyedihkan, apabila ana melihat sepasang sandal berwarna merah miliknya ada di tepi jalan.

Bila ana rasa seakan rindu itu datang akau cuba kuatkan hati untuk membuka FB arwah dan di wallnya penuh dengan kisah tentangnya. Ramainya post di wall dan mengatakan arwah seorang yang sangat baik. Dan paling menyentuh hati ana apabila membaca satu post berkitan dialog antara arwah dan bapak saudaranya disaat nafas terakhirnya.

"Pak Teh. Feq sakit sangat ni. Tapi Feq tak mau mati lagi" 

Sehinggakan hari ini masih ramainya post macam-macam di wall FB arwah. Buatmu sahabat ku Mohamad Taufiq Tajri damailah engkau disana, Insha'Allah ana bakal menyusulmu dan bertemumu di Jannah.

P/S:Buat yang membaca cerita ini, hargailah sahabat yang kita miliki. Sesungguhnya mereka adalah anugerah yang terindah dari Allah SWT kepada kita. Ingat, mati tidak mengenal usia, esok lusa belum tentu ada untuk kita.

No comments:

Post a Comment