Thursday, 11 October 2012

Bakal imamku


Hohoho..Asslamualikum..Izzaty in the house.

Entry kali ini nak bercerita tentang bakal imamku. Aha.. Bestkn topik ini. Sebenarnya calonnya belum ada cuma entry ni ana nak kongsikan ciri-ciri bakal imam idaman kalbu. Fuhh.. Berpeluh la sesiapa yang membaca ni.Hahaha..Sebab banyak sangat ciri-ciri yang ana inginkan.

1.Solat lima waktu
Ana nak seorang yang pentingkan solat. Sebab solat kan tiang agama. Kalau Allah pon awak boleh ingkar macam mana nak jaga saya nanti. Betul tak? Ni ciri-ciri yang sangat penting untuk bakal imamku.

2.Sedap mata memandang
Maksudnya disini, bukannya handsome atau cute ala artis korea tertapi memadai bila ana tengok muka dia sejuk kat hati ni ha. Tak perlu la kot yang tough bagai. Tua nanti kerepot jugak kan. Simple but nice, tak perlulah rasanya lagak macam artis. Cukup sekadar berpakaian kemas dan bersih.

3.Hormat
Siapa cakap respect itu tak penting? Bagi aku respect each other itu penting. Dia boleh hormat ana sebagai seorang perempuan dan bakal menjadi suri di hati dia. Contoh hormat itu adalah first, hargai ana sebagai seorang perempuan atau bahasa yang mudah difahami iaitu don't try to touch me!. Second, hormat pendapat ana. Setiap orang ada pendapat masing-masing bukan?  So kalau boleh kepada bakal imamku tolonglah hormat pandangan atau pendapatku. Third, hormat kedua ibu bapaku. Memanglah awak tu nak kawin dengan saya bukan dengan bapak saya, tapi diorang parents saya jadi awak kena hormatlah ok! ^ ^

4.Kepercayaan
Yang ni sangatlah penting. Ana inginkan seorang lelaki yang boleh mempercayai diri ana. Siapalah yang suka orang yang dia sayang curiga tentang dia kan. Kepercayaan itu kunci kepada semua masalah. Kepada bakal imamku, awak kena percaya kepada saya. Saya tak suka awak curiga. Paham?

5.Jujur
Aha.Awak yang bakal jadi imam saya tu kena lah jujur. Jangan nak sembunyi apa-apa dari saya ok? saya tak suka. Everything happend try to jujur. Don't be lie ok. Ana sangat-sangat dan sangatlah tak suka.

6.Boleh jadi super hero
Bukan superman tapi my super hero. That mean, awak boleh protect saya. Awak macam anti-protection la bagi saya. Awak kenalah berani. Jangan sampai saya pulak yang protect awak nanti. Sebab secara fitrahnya wanita itu lemah.

7.Tidak merokok
Ok. Bila ana cakap sal rokok semua lelaki yang termakan cili mesti akan buuuuuu panjang-panjang dekat ana. Dekat sini ana nak bagitahu sikit. Ana sikit pon tak kisah korang nak merokok tapi kalau asap tu korang-korang je yang sedut tak apa tapi masalahnya kitaorang si kaum hawa ni pon terpaksa sedut sama. Euww..cool ke isap rokok tu? busuk and kotor adalah.(iklan kejap)

8.Penyayang
Haaa..Awak kenalah jadi seorang yang penyayang. Tanyalah mana-mana wanita pun diorang mesti nak lelaki yang penyayang punya. Ana berani potong kuku lah..hahahaha

9.Boleh membimbing
Ana cuma wanita biasa. Ana inginkan lelaki yang boleh membimbing ana bukan lelaki yang perlukan bimbingan. Kepada bakal heroku, saya harap awak dapat bimbing saya menjadi anak, wanita dan isteri yang solehah. Amin ya Robbal alamin.

10.Not hot temper
Ana inginkan lelaki yang penyabar dan bukan yang angin kuskus. Almaklumlah, perempuan ni banyak kerenahnya. Kalau dapat yang jenis hot ni susah jugaklah. Asyik perang je. Pinggan mangkuk semua terbang. Itu yang bahaya.



Cukuplah hanya sepuluh ciri lelaki idamanku. Jodoh itu rahsia Allah. Andai tertulis di lut mahfuz dia jodohku, ana terima seadanya.

No comments:

Post a Comment