Thursday, 13 October 2011

YA ALLAH..!!!!






Airmata ini mengalir lagi.. tapi untuk apa aku sendiri kurang pasti.. seringkali juga airmata ini menjadi teman setia saat aku merasakan kesakitan di dalam hati.. "Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH.. sesungguhnya hamba-Mu ini mengharapkan batuan daripada-Mu.."

Aku tahu ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi batas mampu, tapi kadang kala aku merasakan aku tidak cukup kuat.. hati ini terlalu rapuh dan hampir goyah dengan dugaan yang bertindan.. teman rapatku berkata "ALLAH menguji kita kerana kita makhluknya yang teristimewa.. kita insan terpilih, kerana ALLAH menyayangi kita maka DIA memilih kita untuk diberi ujian yang sebegini berat.. Alhamdulillah seandainya dengan ujian yang DIA berikan aku mampu mendidik hati agar terus cekal dan tabah.. namun kadangkala aku hampir kalah, hampir tersungkur saat aku diuji dengan ujian yang aku kira sangat berat.

Seringkali aku cuba mententeramkan orang lain agar redha dan tabah menghadapi ujian yang ALLAH berikan namun bila aku sendiri yang diuji aku hampir kalah dengan hasutan-hasutan iblis laknatullah yang memang sentiasa ingin memesongkan dan meruntuhkan iman manusia. bukankan syaitan, iblis dan yang seangkatan dengannya pernah berjanji akan berusaha untuk menyesatkan anak-anak adam dan hawa hingga saat roh berpisah dari jasad.. sungguh aku tidak mahu menjadi hamba ALLAH yang seumur hidupku hidup dalam laknat ALLAH.. aku tidak mahu menjadi makhluk yang tidak pernah mahu berterima kasih kepada Penciptanya.. aku tidak mahu menjadi hamba yang tidak pernah bersyukur dengan setiap pemberian-Nya.. aku tidak mahu seperti itu..

Aku mahu menjadi hamba yang sentiasa berada di dalam redha dan rahmat ALLAH.. yang sepanjang hidupku di bawah lembayung kasih Sang Pencipta, yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas segala pemberian-Nya.. tapi mampukah aku untuk menjadi seperti itu?

No comments:

Post a Comment