Thursday, 17 July 2014

10 malam terakhir Ramadhan

Alhamdulillah kita selamat tiba di malam ke-10 Ramadhan. Sudah cukap ibadah kita sepanjang Ramadhan? Sudah cukup bertaqwakah kita di hari-hari sebelum ini? Jangan bersedih, masih ada lagi saki-baki Ramadhan yang tinggal.
Kejarlah peluang yang ada di depan mata kita. Grab selagi mampu. Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.
Kita dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari).
Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Thursday, 10 July 2014

Pray for GAZA



Gaza under attack. Saat masyarakat dunia lali dek FIFA WORLD CUP, di GAZA sedang di serang oleh ISRAEL LAKNATULLAH.

ALLAH..

Sayu hati ini melihat kekejaman yang dilakukan oleh ZIONIS terhadap masyarakat PELESTIN. Kanak-kanak dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Para wanita dibunuh tanpa rasa belas kasihan.

Bumi GAZA dihujani peluru dan juga bom. Mayat-mayat bergelempangan. Darah merah mengalir membasahi bumi.

Sebak dada menatap gambar-gambar mereka. Saat Ramadhan datang mereka di sana sedang berjuang mempertahankan Islam.

Semoga saudara ku di sana dilindungiNya, diberi kekuatan menghadapi mush-musuh Islam.

Allahuakbar!!

Friday, 4 July 2014

Love each other for the sake of Allah SWT

Assalamualikum dan Salam Ramadhan for all Muslim. I would like to share a sad story. Actually I've read this story through Facebook. Then, ana try cari maklumat lain sebab di akaun facebook si suami tidak menceritakan secara detail tentang apa yang menimpa si isteri.

Kisah tentang sepasang suami isteri yang berkenalan since 2008 and till 2014. Diorang berkahwin pada Febuary 2014. Both of them still young dalam 20an.

Pada 8 Jun 2014, si  isteri terlibat dalam satu kemlangan jalan raya yang turut meragut nyawanya.

Ini adalah post di akaun facebook si suami. Sangan menyentuh hati apabila membaca post tersebut. Berulang-ulang kali membacanya. Sungguh cekal hati si suami dalam menempuhi segala ujian ini.


Walaupun ana tak berapa faham bahasa Sarawak tapi dari apa yang ana cuba faham ia adalah satu kata-kata yang mampu mengetarkan jiwa sesiapa yang membacanya.

Ini pula jemputan ke majlis kenduri arwah isterinya. Walupun isterinya baru beberapa hari pergi meninggalkannya tapi dia masih kuat.

Post dari seorang besfriend arwah yang berkawan since 2002 - 2014. Di akhir conversation mereka they managed to say "I love you".

Dari apa yang ana tengok, si suami tersangatlah tabah dalam menempuhi semua ujian ini. Alhamdulillah, semoga beliau diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Ajal maut sesuatu yang unexpected. Mungkin esok, lusa, hari ini atau boleh jadi beberapa saat lagi kita akan di jemputNya. Sama-samalah kita memperbanyakan amal ibadah ditambah pula pada bulan Ramadhan in.


Friday, 6 June 2014

Hati tidak mampu berkata-kata


Kadang apa yang terjadi tak pernah disangka akan terjadi. Diri bagaikan satu bayang-bayang yang hanya mengikut pergerakan objek. Bila objek ke kiri lalu, bayang-bayang pun ke kiri. Bergitu juga kehidupan aku sebagai seorang manusia. Hanya mengikut Qada dan Qadar yang ditetapkan oleh-Nya.

Jika jatuh ku gagahi berdiri. Tapi, untuk berdiri aku perlukan kekuatan. Kekuatan yang sukar untuk aku perolehi. Bukan aku takut pada takdir tapi, aku takut pada reality sebenar perjalanan hidup ku di dunia.

Ya, mungkin aku tanpak ceria dihadapanmu. Tapi, hati ku mempunyai seribu satu rasa yang pasti tak mampu ku ungkapkan oleh kata-kata. Hanya mampu ku zahirkan dengan tangisan.

Aku tak minta ujian ku diringankan tapi, aku mohon supaya diberikan ku kekuatan untuk hadapi segala rintangan disetiap langkah ku di dunia ini sementara menanti saat nyawa ku di cabut oleh Malaikat maut.



Thursday, 22 May 2014

Husnudzon Vs Waspada

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang diberikan. Rutin harian ana macam biasalah, bangun pagi siap-siap untuk ke tempat kerja. Sebelum tiba ke office, ana terpaksa menaiki 3 transport. Bas rapid , LRT dan bas. 

Actually, best jugak lah perjalanan ni. Belajar macam mana nak berdikari berdiri atas kaki sendiri. Yes! Ana dah dewasa.


Pagi ni agak lambat sikit siap. Anak-anak buah semua dah siap pergi sekolah, ana baru terketar-ketar nak pergi kerja. Tengah jalan sorang-sorang ada la seorang uncle ni dia sapa "pagi" ana pon balas la "pagi uncle".


Tiba-tiba dia panggil ana dan bertanya "boleh tak saya nak jalan dengan kamu?". Ana dalam kebluran terus jawab "boleh je"


Ana sendiri tak tahu kenapa uncle tu nak teman ana sedangkan waktu tu dia tengah jogging. Dalam perjalanan dia pun bercerita pada ana. Katanya dia risau ana jalan sorang diri sebab kawasan rumah tu agak sunyi dan memang betul kawasan taman tu memang sunyi dan banyak terjadi kes samun dan sebagainya.


Tadi masa ana tengah jalan ada seorang lelaki warga asing ana pun tak pasti sama ada bangladesh atau nepal. Lelaki tu berdiri dekat sebelah kiri jalan dan disebabkan uncle tu risau takut terjadi apa-apa pada ana, dia pun teman ana jalan sampai ke bus stop.


Alhamdulillah, semuanya. Kesimpulannya, husnudzon kepada semua orang sekeliling kita tetapi harus berwaspada.

Wednesday, 30 April 2014

Rejab is coming!!

Terlalu banyak rasanya fadhilat yang kononnya hadis mengenai bulan Rejab dan Syaaban.

Kadang sedikit sebanyak memeningkan kepala jugak. Bila muncul sahaja bulan Rejab bermulalah tersebarnya fadhilat-fadhilat mengenai ibadah puasa dan sebagainya.

Hati-hati, jangan mudah tertipu dengan apa yang kita baca mahupun kita dengar. Cari dalilnya dulu baru kita boleh classify sebagai sesuatu yang sahih dan boleh dipercayai.

Tak salah kita nak puasa. Puasa sahaja dan anggap itu sebagai ibadah sunat tapi jangan kita pengang dengan fadhilat-fadhilat yang entah dari mana datangnya.

Friday, 18 April 2014

Dakwah bukan hanya pada muslim

Setelah bosan dengan hidup seorang penggangur terhormat. Kini bermula hidup baru sebagai seorang yang berkerjaya. Hehe kerjayalah sangat kan?

Ana mulakan langkah baru bekerja sebagai admin di chines firm. Nama company tu Ecoland Realty.Sebuah syarikat sewa beli harta tanah yang dimonitor oleh gov. Semua staff kat sini non-muslim. Actually, is quite hard for me untuk sesuaikan diri. They work so faster like a robot. But, is good for me coz I can learn how to work like them.

They always asking me about Islam. Such as "Why do you solat?" "Why do you wear socks" and etc. Dakwah bukan hanya pada muslim tapi kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama mahupun bangsa. Hopefully, sedikit sebanyak dapat menarik minat diorang terhadap Islam, Insha'Allah.

Kerja ana macam biasa record account client and office. Yang bestnya ana kerja sambil belajar disini. Every morning kalau bos masuk office awal ana akan diberi lecture percuma mengenai bisness, tentang estate management dan macam-macam lah.

Ok lah kan dari duduk dekat rumah dan tak buat apa-apa. Ana kerja part time and its for fun .So enjoy.