Friday, 18 July 2014

Pray for MH17

Kesedihan demi kesedihan bertapak di hati. Selepas hilangnya MH370 bersama penumpang  dan juga krew kini satu lagi ujian dikirim olehNya.

Sebak dada mendengar kisah terhempasnya pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan juga anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh. Disyaki di tembak.

Bersambung.....

Thursday, 17 July 2014

10 malam terakhir Ramadhan

Alhamdulillah kita selamat tiba di malam ke-10 Ramadhan. Sudah cukap ibadah kita sepanjang Ramadhan? Sudah cukup bertaqwakah kita di hari-hari sebelum ini? Jangan bersedih, masih ada lagi saki-baki Ramadhan yang tinggal.
Kejarlah peluang yang ada di depan mata kita. Grab selagi mampu. Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.
Kita dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari).
Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Thursday, 10 July 2014

Pray for GAZA



Gaza under attack. Saat masyarakat dunia lali dek FIFA WORLD CUP, di GAZA sedang di serang oleh ISRAEL LAKNATULLAH.

ALLAH..

Sayu hati ini melihat kekejaman yang dilakukan oleh ZIONIS terhadap masyarakat PELESTIN. Kanak-kanak dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Para wanita dibunuh tanpa rasa belas kasihan.

Bumi GAZA dihujani peluru dan juga bom. Mayat-mayat bergelempangan. Darah merah mengalir membasahi bumi.

Sebak dada menatap gambar-gambar mereka. Saat Ramadhan datang mereka di sana sedang berjuang mempertahankan Islam.

Semoga saudara ku di sana dilindungiNya, diberi kekuatan menghadapi mush-musuh Islam.

Allahuakbar!!

Friday, 4 July 2014

Love each other for the sake of Allah SWT

Assalamualikum dan Salam Ramadhan for all Muslim. I would like to share a sad story. Actually I've read this story through Facebook. Then, ana try cari maklumat lain sebab di akaun facebook si suami tidak menceritakan secara detail tentang apa yang menimpa si isteri.

Kisah tentang sepasang suami isteri yang berkenalan since 2008 and till 2014. Diorang berkahwin pada Febuary 2014. Both of them still young dalam 20an.

Pada 8 Jun 2014, si  isteri terlibat dalam satu kemlangan jalan raya yang turut meragut nyawanya.

Ini adalah post di akaun facebook si suami. Sangan menyentuh hati apabila membaca post tersebut. Berulang-ulang kali membacanya. Sungguh cekal hati si suami dalam menempuhi segala ujian ini.


Walaupun ana tak berapa faham bahasa Sarawak tapi dari apa yang ana cuba faham ia adalah satu kata-kata yang mampu mengetarkan jiwa sesiapa yang membacanya.

Ini pula jemputan ke majlis kenduri arwah isterinya. Walupun isterinya baru beberapa hari pergi meninggalkannya tapi dia masih kuat.

Post dari seorang besfriend arwah yang berkawan since 2002 - 2014. Di akhir conversation mereka they managed to say "I love you".

Dari apa yang ana tengok, si suami tersangatlah tabah dalam menempuhi semua ujian ini. Alhamdulillah, semoga beliau diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Ajal maut sesuatu yang unexpected. Mungkin esok, lusa, hari ini atau boleh jadi beberapa saat lagi kita akan di jemputNya. Sama-samalah kita memperbanyakan amal ibadah ditambah pula pada bulan Ramadhan in.